Tuesday, 29 May 2012

Darul Sa'adah

Dulu masa nak ke mukim batu tu banyak signboard-signboad location ke Darul Saadah dari Jalan Kepong dan Jalan Ipoh. Aku sebenarnya tak pasti tempat apa tu tapi mungkin untuk rumah perlindungan untuk anak-anak gadis yang yatim piatu kot. Tapi bukan nak bahaskan mengenai Darul Sa'adah cuma nak cerita yang part-part kelakar aja, secara spontan.

Mama saya selalu bangga nama dia diguna pakai di masjid2 and surau and sekarang nama itu terpampang besar kat signboard  di Darul Sa'adah. Pada suatu hari kami lalu lah di mukim batu on the way to pasar batu 5. Ternampaklah kami signboard Darul Sa'adah. Pada masa itu di dalam kereta yang dipandu oleh Kak Baby ada mak ngah, mama and kami 3 beradik.

Tiba-tiba mama pun membuat pengumuman, nampak signboard tu tak? Ha..tu lah Darul Sa'adah yang baru saya tubuhkan. Nak taw..sayalah sebenarnya pengerusi Darul Sa'adah tue. Kami pun ketawa berderai-derai.  Kak Baby pun menyampuk, kalau mama pengerusi, mak ngah ialah Penasihat/Kaunsellor. Mesti ramai org akan jadi baik selepas itu. Lepas tu kami pun ketawa keh, keh, keh. Mama bilang lagi ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik ialah Siti Aishah dan Nur Fakhira...heheheh... Kak Baby pula kata habislah macam tu lingkuplah atau tonggang terbalik jadinya Darul tue. Kak Baby pula dilantik sebagai pemeriksa kira-kira. So tugasnya ialah mengira stok beras, gula ke atau barang-barang dapur. Dan Pengerusi mengumumkan lagi, tukang masak ialah Hafizhan Safwan merangkap tukang kebun. Keh, keh, keh, kami suma pecah perut mendengar carta organisasi Darul Sa'adah.


Sunday, 27 May 2012

Ubat Tido


Kebelakangan ini, payah benar rasanya nak tido. Walaupun tido tu antara hobi, tapi bila berbaring mata terkebil - kebil.... jam berdetik, tapi mata.. macam tu jugak lah. Tapi bila dah tidur, payah pulak nak bangun awalnya....

So sekarang aku dah jumpa ubat tidur, konon-konon di tanganku ada buku yang tebal seperti novel ke, majalah ke. Memanglah tak akan larat nak membaca buku tebal tu. Selalunya habis membaca mukasurat pertama aja, itupun muka surat itu aku baca berulang-ulang…antara paham ngan tak paham....akhirnya aku tertidur sendiri. Kadang-kadang pegang buku aja sudah tertidur. Konon-konon nak membaca buku. Tapi jangan salah anggap, ini cuma bila ngantuk tapi tak nak tidur.

Aku tersenyum sendiri. "Ubat" ini sangat mujarab, keh3...memang kacau kalau mata tak bole tido...



Kisah Ayam Katik

Pernah dengar ayam katik atau ayam serama? Ayam tu yang kecik konet. Ntahlah agaknya tak besar-besar. Memang species dia macam tuh.

Alkisah 3 atau 4 tahun lalu, seekor ayam katik telah  terlepas dan masuk rumah aku. Masa tu jarang tengok ayam secara live, bila ada di depan mata memang tak mahu lepas peluang.  Tak tahu sapa punya ayam. Tanya makcik rumah besar kat marudi 4 sapa punya ayam dia kata mungkin orang kat hujung rumah dia kot. Tetapi bila kita tercari-cari tuannya, tiada siapa pulak mahu mengaku. So tak tahu apa nak buat, kami biarkanlah ayam itu dahulu duk di halaman rumah. Yang kelakarnya waktu subuh atau mau malam, ayam tu berkokok kuat...hehehhe...macam ada suasana kampung ngan bunyi ayam. Dengan banggaanya ayam itu mendabik dada, dan mengepak-gepakkan sayapnya lalu berkokok sekuat hati. Kadang-kadang dia akan bertenggek atas motor dan berkokok. Kami memberinya makan nasi lah. Lepas bagi makan, tau-taulah aja, ada extra kerja pulak nak kena buat, nak kena membasuh simen.

Esok-esoknya makcik rumah besar tu datang nak ambik ayam. Tak tawlah nak dibawa ke mana. Tak menyempat-yempat pulak makcik tuh. Orang baru nak berkenal-kenalan dengan ayam. Kesiankan ayam tuh, nanti kalau dia balik rumah dia pasti dia duduk terkurung dalam reban, kat rumah aku kurang-kurang dia happylah sikit.


Kisah Beruk Terlepas

Aku ingat lagi time aku duduk di Marudi 8, jiran aku ada membela seekor beruk. Walaupun begitu jarang nampak beruk itu kerana disimpan di dalam rumah. Hanya bila sekali sekala hendak dimandikan barulah beruk itu dibawa keluar. Aku tak tahu lah bagaimana jiran aku itu tinggal dengan beruk itu walaupun dia duduk bujang. Patutlah sebelum tu aku dengar bunyi yang pelik-pelik di sebalik dinding, rupa-rupanya bunyi beruk. Ingatkan bunyi monster.

Alkisah suatu petang, sedang aku duduk-duduk di rumah tiba-tiba beruk itu melompat masuk. Agaknya sudah terlepas dari pagar sebelah.Time-time tu pulak tengah2 terbongkang. Apalagi terjerit-jeritlah kami. Aku terus  melompat atas sofa tanpa bergerak-gerak. Beruk itu selamba aja duduk di suatu sudut. Kita tengok dia, dia tengok kita. Dah disuruh usha-usha keluar tak mahu jugak. Takutla jugak manalah tahu kang dia menerkam dan menggigit. Barulah kes naya.

Tidak lama tu, tuannya pun datang. Mula-mula memanggil di luar gate. Agaknya beruknya takada response, dia pun masuk dalam dan angkat beruknya balik. Wah menakutkan jugak pengalaman nih. Ada ke orang bela beruk di kawasan perumahan. Pelik tul jiran nie, dia letak akuarium di luar rumah, tapi bunyi enjin akuarium itu sangat kuat, mengganggu betul terutama tengah2 malam. Selepas akuarium hilang, dibela anak kucing pulak dalam akuarium...haish22x ...tersiksa aku..anak2 kucing tu memanjat kuar dari akuarium dan masuk ke dalam rumah............... tak lama lepas dia pindah barulah lega sikit.

Inilah lebihkurang rupa beruk tuh. Amacam?

Wednesday, 23 May 2012

Kaki Pancing



Dahulu ayah aku memang kaki pancing. Macam-macam peralatan memancing ada di rumah. Stor rumah pun sudah seperti gudang pancing, jaring, joran, jala. Segala tong ikan pun ada...namanya colman kot.. Berbagai umpan hidup pun ada seperti cengkerik. Bila malam cengkerik tu berbunyi2. Bising betui macam dalam hutan. Dahulu aku duduk di Desa Pandan. Ramai kawan ayah kaki pancing di sana. Apalagi, macam meriah aje. Asik-asik buat trip yang jauh.Semasa muda dahulu mak aku pun terikut-ikut hobi ayah. Mereka selalu naik motor bersama pergi memancing. Tak ayah aku bonceng mak aku, mak aku yang bawak motor bonceng ayah, terbalik kut.. hehehe..macam sehati sejiwa. Cakap ajalah kat lubuk mana kat KL nie dulu semua mereka dah redah. Dulu banyak lombong-lombong dan kolam-kolam ikan yang terbiar kat Kg. Pandan, Ampang, Damansara Heights bawah jambatan tu, kat tapak sebelum terdiri PPR beringin, kat lombong batu 5 kat sebelah Telekom tu, dll. Yang paling jauh pun kat kawasan Rawang atau Kundang. Kalu dah kaki pancing tu, bulan puasa yang panas terik pun sanggup duduk berjam-jam tepi kolam sampai petang. Kalau ada pertandingan memancing memang tak pernah miss, tapi tak pernah menang pun. Ikan sekor pun tak dapat. Buat penat lagi ada dari awal pagi sampai ke petang. Tetapi sekarang dah takda lagi dah, semuanya hanya tinggal kenangan sahaja.

Macam-macam ikan dibawa balik. Aku pun tak tahu nama jenis ikan itu. Tetapi yang popular ikan talapia. Senang aja nak tangkap. Kadang-kadang tabur-tabur umpan tepung dah dapat. Tetapi bukan makan sangat pun ikan-ikan ni, hanya suka-suka sahaja. Kebanyakannya diberi pada orang lain. Kadang-kadang ikan itu berbau minyak hitam. Dah dibersihkan masih berbau, ikan talapia terutamanya. Kadang-kadang dalam perut ikan itu ada macam-macam benda. Yalah, ramai orang lain memancing gak guna macam-macam umpan, cacinglah, kataklah, cengkeriklah....eeeee gelilah nak makan. Tak sanggup nak makan tapi makan jugalah sikit-sikit. Rasanya macam lemak-lemak tetapi ada bau tengik sikitlah. Kena basuh dengan air asam.

Tetapi akibat minat ayah aku suka memancing ni, masa kecik-kecik, Nenek Babysitter yg jaga aku kata , mulut aku dah macam ikan toman pulak. Tak boleh nak katup. Asik nak terbukak je. Air liur pulak meleleh2. Nenek kata ni "ko ni dah pekena ikan toman gaknya". Eh betui ke?, tapi macam iye lah kan, diaorang asik komen mulut aku ternganga2 aje. Nasib baik dah besar ni dah bole adjust2 ckit hehehehe


Surat ini ditulis bg pihak moyangku Panglima Salleh smasa pjuangannya mntang komunis pd zman darurat dlm surat 1 Msia Pos Msia

Assalamualaikum,

Pengalaman saya sebagai Pejuang Kemerdekaan  dan harapan saya kepada rakyat Malaysia dapat disampaikan dalam surat 1Malaysia ini. Saya Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim @ Kiai Salleh @ Panglima Salleh dilahirkan di Muar, Johor (1916 – 1959). Makna perjuangan bagi saya ialah berjuang menentang musuh-musuh negara terutamanya komunis. Selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II sekitar Ogos 1945 di tangan pihak Berikat, ada terdapat kekosongan kuasa selama dua minggu sehingga ketibaan askar British. Selepas ketibaan British bermulanya pentadbiran British di Tanah Melayu. Pada masa kekosongan kuasa ini komunis telah bermaharajalela di Tanah Melayu dan sekitar kawasan kelahiran saya di Muar dan Batu Pahat, Johor.

Semasa saya muda, banyak masa dihabiskan dengan menimba ilmu agama dan ilmu kepahlawanan seawal usia 13 tahun daripada beberapa orang guru. Antara guru-guru saya  ialah Haji Hussein, Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Saya juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor, selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim. Saya telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat, Johor. Ilmu-ilmu agama dan kebatinan ini banyak membantu saya dalam perjuangan saya menentang musuh-musuh negara.

Peranan saya telah bermula pada seawal tahun 1942. Akan tetapi, kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941 mula menggugat kehidupan saya lalu saya berpindah ke Seri Medan Batu Pahat yang menjadi lubuk Parti Komunis Malaya (PKM) dan seterusnya ke Parit Gantung, dekat Lopiak. Saya berjaya menyatupadukan dan memimpin penduduk Melayu daerah Daerah Batu Pahat dari pelbagai suku iaitu suku Banjar, Jawa, Bugis serta Melayu untuk menentang MPAJA semasa zaman pemerintahan Jepun sehinggalah zaman Pentadbiran Tentera British (BMA) dan zaman darurat.
Pada zaman pemerintahan Jepun, komunis menerusi Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) masih dianggap sebagai antara pejuang penentang penjajah Jepun di Tanah Melayu malah mereka turut mendapat sokongan rakyat tempatan. Saya telah dipelawa oleh Parti Komunis Malaya (PKM) supaya menyertai pihak itu dan diberi kepercayaan untuk mengutip cukai daripada penduduk kampung dan peniaga. Saya juga turut diberi sepucuk pistol oleh PKM. Saya tidak menyerahkan semua pungutan cukai itu kepada PKM sebaliknya saya telah bertindak seumpama ‘Robin Hood’ apabila mengagihkan pungutan itu kepada penduduk susah dan miskin. Tindakan itu menyebabkan PKM berang dan berusaha untuk membunuh saya tetapi tidak berjaya. Dari sinilah mereka mula melakukan kekejaman ke atas orang-orang kampong.

Sebelum ketibaan pihak British, pihak Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) juga dikenali dengan nama Bintang Tiga. Mereka telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka ini langsung tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah mengikut undang-undang mereka. Perbicaraan mereka dibuat di mahkamah yang dipanggil “Mahkamah Rakyat” di dalam hutan dan lazimnya mereka yang dibicarakan akan didapati bersalah terus dikenakan hukuman mati.

Saya mendapati Bintang Tiga memperkenalkan peraturan-peraturan kejam. Antara peraturan-peraturan tersebut  ialah mengutip cukai wang dari penduduk Batu Pahat berketurunan Melayu, Cina dan India dengan tinggi sekali, memaksa penduduk tempatan menyerahkan hasil tuaian kepada MPAJA, merompak hasil tuaian, tanaman dan ternakan penduduk kampong, menculik wanita muda tidak kira anak dara, janda atau isteri orang untuk dijadikan anggota komunis dan penggalak zuriat, memaksa penduduk tempatan menyertai MPAJA dengan tanpa alasan, menyerang kampong dan membunuh orang awam yang tidak berdosa tanpa alasan, mengadakan Mahkamah Rakyat yang tidak adil dan melarang orang Islam bersolat berjemaah dengan alasan membuang masa. Mereka mula mengganas dan menyeksa penduduk tempatan dengan zalim. Penduduk dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditanam hidup-hidup, diseksa sampai mati, direbus atau diseret di jalan sehingga ratusan penduduk menjadi mangsa mereka. Penduduk melayu marah dan mula bangkit membela diri dan berbunuh balas antara komunis dengan penduduk kampung semakin memuncak.

Kekejaman komunis ketika itu bermaharajalela di Tanah Melayu termasuk di kawasan saya di Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat melayu ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjata api untuk mempertahankan diri, telah memilih saya untuk memimpin pakatan. Pertemuan saya dengan seorang tokoh iaitu Haji Kadri akhirnya mula membenihkan semangat juang demi membela agama, bangsa dan tanah air di dalam sanubari saya. Saya mula bangkit menentang komunis. Dengan pedang pusaka Raja Riau disisip di pinggangku, berpakaian serba hitam, saya mula melangkah gagah memasuki gelanggang perang bersama doa dan bacaan ayat suci yang dibaca berulang kali. Saya mula memimpin  Persatuan Muhammadiah selepas teraju sebelum itu, Ijam Ahmad menarik diri. Ahli persatuan percaya saya layak berikutan saya dikenali sebagai seorang yang hebat dalam ilmu persilatan dan tinggi ilmu batin malah gagah berani mengepalai pasukan perang menentang komunis.

Saya  mula menyusun strategi dan mengumpul anak muda yang tidak gentar atau lemah semangat untuk bersama-samanya bertempur. Saya mengajar mereka amalan tertentu bagi menguatkan aspek kebatinan masing-masing. Serangan demi serangan dilancarkan oleh pasukan saya  yang turut digelar ‘Tentera Selempang Merah’.  Dengan berbekalkan ilmu kebatinan ini, pengikut-pengikut saya saya yang berjumlah seratus orang sahaja dapat mengalahkan askar Bintang Tiga yang ramai. Serangan Tentera Selempang Merah terhadap komunis tercetus di seluruh Muar dan Batu Pahat. Selain berpasukan, saya  juga bertindak berani apabila berbasikal seorang diri hampir setiap malam semata-mata untuk mencari komunis bagi dibunuh dan dicantas kepalanya. Di bawah bimbingan saya semangat perjuangan di kalangan penduduk ketika itu amat berkobar-kobar dan mereka mula merancang satu serangan besar-besaran terhadap komunis di Bandar Penggaram, Batu Pahat.  Tentangan hebat yang diberikan oleh pejuang-pejuang saya digeruni komunis sehinggakan mereka tidak berani lagi bermaharajalela dan menganiaya penduduk sekitar daerah berkenaan sesuka hati. Saya sendiri sanggup ‘turun padang’ untuk bertempur dan memerangi sendiri askar komunis dan bukan sekadar memberi arahan atau memerintah. Saya juga berani mati malah sanggup mempertaruhkan darah dan nyawa saya sendiri demi membela agama dan bangsa.

Sumbangan dan peranan saya yang kecil itu berjaya menyekat kegiatan komunis pada masa itu secara berkesan. Sultan Johor telah berkenan bertitah bahawa saya ialah "Panglima Melayu" ketika itu dan mengurniakan darjah kebesaran. Setidak-tidaknya sumbangan saya melalui semangat juang ‘mengamuk’  itu berguna menentang pengkhianat negara itu bagi mempertahankan maruah bangsa kita.

Harapan besar saya untuk rakyat Malaysia di hari ini supaya terus berjuang mempertahankan tanah air kita daripada anasir subversif dan penjajahan bentuk baru walau dengan darah dan nyawa sekalipun.

Sekian, Wassalam.

Panglima Salleh di tengah2

Cerita TunTeja dan Hang Tuah

Mcmana pulak boleh teringat kat Tun Teja. Pada zaman kesultanan Melaka dahulu, Tun Teja amat digilai oleh Sultan Melaka. Hang Tuah pula disuruh kidnap Tun Teja ke Melaka.

Nak karang crita ni kena bayangkan rupa org2 tu dulu. Tun Teja mestilah cantikkan. Kecantikkan dia mesti mcm org zaman dulu2. Oklah  bayangkan Sarimah masa muda2  jd Tun Teja. Fuh! Cantiklah kan? Atau nak mix bayangkan Elizabeth Taylor masa muda2. Hang Tuah pulak mestilah cam M.Nasir. Pengacau2 & koncu2 yg selalu kacau Hang Tuah mestilah mcm Pendekar Mustar Bin Ladong. Oh ya jgn lupa Laksamana Sunan, watak dr novel, kawan baik Hang Tuah.Mestilah Sunan tu mcm Adi Putra. Tapi cerita dia takde dalam sejarah. Sultan Melaka yg. bengis and kasanova tu pulak macam Adlin Aman Ramlee. 


Persoalannya, mcmana Sultan Melaka tahu kecantikan Tun Teja? Sebelum tahun 1511 masa itu masih hutan belantara. Sistem komunikasi apa mereka pakai ya? Dah tentu wireless. Guna burung bawak surat kot. Tak logik pulak. Kalau guna burung,mesti burung Rajawali. Baru ada klas. Bulu dia berwarna warni dan cantik. Dia lah Raja segala burung, bukan Raja Kertas. 



Hebat juga Hang Tuah melarikan Tun Teja tgh malam ke Melaka menaiki  perahu ek.  Naik kereta  pun berjam2 dari Pahang ke Melaka, ini kan pula naik perahu. Agak2nya berapa purnama. Perahu dia ada enjin ke? Sungai  apa yg dia guna tu? Sungai Pahang ke Sungai Melaka? Aku rasa takkan dia guna perahu papan  yang mudah terbalik tu, manalah taw kat Sungai Pahang tu dulu2 ada buaya2 ganas. Ikan kat sungai tu mesti besar2. Skrg nie species kecik aje. Mestilah mereka guna perahu ala2 Titanic. Sultan Melaka kan kaya, takkan  nak sponsor perahu yg cekai2. Sepanjang perjalanan Hang Tuah tentulah nyanyi lagu ala2 Titanic ngan Tun Teja sambil depang2 tangan begitu di hujung perahu.  Tun Teja mesti teruja ngan Hang Tuah akhirnya tapi dah kena tipu pulak. Laksamana Melayu Melaka tbilang sapalah yang tak terpikat. Semasa  nak melarikan Tun Teja, Hang Tuah menipu Tun Teja yang membuat Tun Teja mengikut Hang Tuah. Hish3x. Pasal Sultan Melaka tu tak naklah diulas nnt kena daulat pulak.

Hah, banyak persoalan tak terungkai.  Makin dipikir makin sakit kepala. Cerita org dulu2 tak dapat difikir kecanggihannnya pada zaman skrg. Bila difikirkan mereka pun moden jugak.

Maaf ya Hang Tuah &Tun Teja kerana merealisasikan cerita ini. Harap2 tuan hamba berdua tak murka dan menjelma dalam mimpu hamba malam2 kerana menyebut2  di sini.




* macam nie boleh buat full skrip movie

Tuesday, 22 May 2012

Kekasih Gelapku

Lirik Lagu Ungu Kekasih Gelapku

 

 

ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yg tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yg kucari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yg panjang dalam hidupku
Repeat *
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yg tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Kekasih gelapku


 *** KEKASIH GELAP nya itu mendapat tempat teristimewa di hatinya. Seseorang yang memberi inspirasi, semangat. Maksud aku, orangnya baik tapi kentutnya pasti busuk..HAHAHA.. (Yelahkan,mane ade kentut wangi).. Seseorang yang pastinya cantik hati budinya..Yang pasti , menyimpan perasaan terhadap KEKASIH GELAP seperti mendera perasaan sendiri. Meminati tanpa hak untuk memiliki..

Fakir Miskin??

I was born at GH. Semasa dalam kandungan, doktor bilang, I'm a boy. Masa check up and scan, doktor dah tunjuk 'anu' tu kat my mum, its a boy. Tiba-tiba keluar pulak a girl. Takke terkejut beruk. Beli baju baby kaler blue, nak kena tukar kaler pink lak. I was born with red skin kaler, my mum yang tak tahu, ingat ada sakit kulit ke? But when they say, "your Baby so putih", my mum was puzzled. Apa lak putih, orang tengok merah. Tapi lama kelamaan kaler tu memanglah bertukar sikit-sikit.

Since I'm girl, my mum nak letak nak letak nama yang special sikit, manalah tau nanti ke booom....booom ke? Macam Siti Nurhaliza ke? hehehe...perasan je. Selepas mencari-cari dalam beberapa buah buku arab, she found Shahira n Fakhira with the same meaning. Tetapi memandangkan Shahira tu dah koman, maka dia pilih the second name for me. Untuk sedap sikit, tambahlah Nur kat depan tuh hehehe. Perkataan Siti pulak macam turun temurun.

At one time, masa jumpa mak Long aku, Mak Long tanya anak nie nama apa. My mum sebutlah nama penuh aku. Mak Long aku kata balik "Ape, Fakir miskin? My mum bengang aje dengar. Pakai tudung labuh, pakai jubah cakapnya macam tu. Tak boleh ke cakap elok2 sikit. Sampai ke hari ini kalu teringat Mak Long, teringat Fakir Miskin..hehehehe. Cuma my mum sedih ckit sebab aku lahir hari Ahad, dia selalu berdoa aku lahir hari Jumaat macam akak aku. Sebab itu nama akak aku special sikit "Siti Aishah" sempena nama isteri Rasullullah.

Monday, 21 May 2012

Kisah Mak Ngah

Gambar hiasan aje
Tak lama lagi cuti sekolah akan menjelang. Pada waktu cuti-cuti begini, mak ngah ku dari BTHO akan datang ke rumahku. Iyalah setelah penat menjaga cucu2 seramai 5 orang itu, waktu cutila masa untuk berehat. Tempat untuk dia melepaskan tension adalah di rumahku. Maklumlah rumah aku mmg tempat org stress melepak-lepak. Kedai-kedai pun dekat jadi happylah pepagi mak ngah nak berjalan ke sana ke mari. Nak beli kuih ke, nak beli nasi lemak ke. Di rumah anaknya nak berjalan-jalan freely pun payah.

Kalu mak ngah ada, kenalah tahan-tahan sikit telinga, kadang-kadang terasa macam nak sumbat kapas. Yalah, kami tidak biasa dengan keadaan itu. Suara mak ngah boleh bergegar satu rumah. Agaknya boleh kedengaran sampai rumah yang hujung nun. Kalu ada makngah, mak ngah akan takeover dapur, semuanya dia mengemas, dari atas sampai ke bawah. Sampai barang yang dah biasa letak sudah beralih-alih, bila nak cari balik kat manalah barang tu. Bila mak ngah sudah takeover dapur bermakna mak ngahlah chef untuk seminggu. Sorang pun malas nak masuk dapur. Its yours Mak Ngah, what you want to do, can cook what ever you want. Yang bagusnya selalu aja ada makanan siap terhidang atas meja. Pagi-pagi lagi mak ngah dah lentang lentung kat dapur wat sarapan. Adus nak tido pun tak boleh. Terpaksalah lari nek atas. Tengok-tengok dah siap nasi lemak, wah, bestnya. Kadang2 da stress sgt, mak ngah masak banyak-banyak tak terasa lapar pulak, terasa kenyang sentiasa, buka tudung saji pun amik bau sahaja. Kadang-kadang makan pun sebab terpaksa nak amik hati mak ngah, tetapi makanan yang ditelan bagai dipaksa-paksa.

Kalu mak ngah bagi command, sume orang cabut naik atas. Commandnya yang biasa didengar ialah "DERAS, DERAS".Tidor pun macam tidor-tidur ayam. Jika kita jalan pelan2 pun dia bole dengar. Bila nak baring sekejap mak ngah kata 'NAK TERBONGKANG AJA". Perkataan 'TERBONGKANG DAN DERAS2X mmg sinonim ngan mak ngah. Kalu mak ngah keluarkan lasernya, sume orang cabut naik atas, bukan apa, malas nak dengar pok pek. Tinggallah mak ngah sorang-sorang di bawah. Mana taknya baru nak terlelap, dengar mak ngah bagi command. Bunyi kereta lalu di sangkanya ada orang nak datang. Asik terkejut aja. Bunyi kereta asik diingat Cik Baby aje. Belum lagi dengar bunyi pintu pagar orang sebelah, di sangkanya ada orang datang rumah. Ya lah, dia dok terkejut aje ngan bunyi2an itu. Penatlah nak explain. Kalu macam mamai aje, mak ngah akan sergah "kau ni ATen, berangan jer". Dia sebut nama aku "ATEN"...HEHEHE. Baru nak tido tdengar suara mak ngah tak jadi nak tido..akhirnya stress jadinya.

Kalu mak ngah ada..mama aku dah cabut awal2 pegi kerja sebelum 6.30 pagi. Bukannya apa letih dengar suara mak ngah pok pek, pok pek di awal pagi. "Cepatlah pegi kerja, dah lambat nie, deras, deras". Rasanya macam mak2 pulak. Tengok jam baru 6.15 pagi.  Alahai, gelap lagi, lagi pula time cuti sekolah mana jalan jam. Kurang-kurang 20 minit dah sampai pejabat. Sebelum mak ngah ulang2 mama cepat2 cabut dalam gelap tuh. Mama saya bilang adik beradiknya selalu mengganggap dia seperti umur belasan atau 20an saja.

Tapi mak ngah tak kedekut..ada saja dia nak belanja..sampai stok barang kat rumah pun penuh balik. Kurang2 mak ngah bole la anggap rumah aku rumah dia jugak...hehehe. Tak kisahlah asal dia happy. Bila free time bawalah dia jalan-jalan, pergi mengetih ke, cuci mata ke. Tapi bila mak ngah nak balik rumahnya rasa sedihlah pulak. Tetapi selepas itu ok balik. Kita orang rasa dapat life balik semula, mama dapat dapur dia balik, perut pula terasa lapar, makan apa yang mama masak balik terasa happy, dapat melepak2 di ruang tamu tanpa gangguan, dapat bercerita-cerita & bergurau-gurau balik, dapat bergolek-golek, yang penting terasa mengantuknya macam setahun tak tidor.

Sunday, 20 May 2012

Lagi Kisah Naik Bas

Kali ini aku bukan nak bercerita mengenai pemandu atau kondakter bas. Tapi kali ini aku nak bercerita ragam penumpang-penumpang yang naik bas. Alkisah, macam-macam orang, macam-macam ragamnya.



Kategori 1 - Tarzan
Kategori penyangak ni selalu wat bising dalam bas. Mereka berborak, berbual-bual sesama mereka  tanpa peduli orang lain. Cakap menggunakan tone suara yang tinggi, volume kalau boleh bukak sampai habis atau paling kuat pun terjerit-jerit macam Tarzan dalam bas. Entahlah nak bagi orang dengar kot. Semua topik perbualannya boleh didengari hingga sebatu jauhnya.

Kategori 2 - Pencopet

Pencopet pula suka buat kerja senyap-senyap. Mencari kesempatan dalam kesesakan bas. Mereka biasanya masuk dari pintu depan, mencopet wallet ke purse daripada orang yang sedang naik bas atau orang yang tak perasan apa-apa. Setelah dapat apa yang patut, mereka akan cepat-cepat tekan loceng dan keluar melalui pintu belakang.Kadang-kadang kondakter bas perasan orang-orang macam ni tapi nak kejar tak dapat.


Kategori 3 - Bawa barangan pelik

(i) Barangan dari pasar Chow Kit - Kalau ada orang yang nek dari bus stop Chow Kit, bersiap sedialah. Yang dibawanya barang2 basah dari pasar. Kalau dia duduk jauh-jauh tak pe juga, tapi kalau duduk sebelah kita, meranalah jawabnya. Semua bau ikan, ayam, daging, sayur akan mencucuk-cucuk hidung dan memberikan aroma yang tidak kurang hebatnya. Lagi-lagilah bau orang tu bau pasar, wekkkk...... kalau rumah dia sampai habis perhentian, kurang-kurang kena tahanlah. Nak tukar tempat duduk rasa tak best, sebab tempat duduk tu kita yang pilih. Nak tak nak terpaksalah bersabar sahaja. Duduk dalam bas ber air con lagi, pusing-pusing bau tu kat kita juga. OMG, minta-minta dijauhkan orang sebegini dalam bas.

(ii) Bawa troli - Dalam bas pun nak bawak troli nek. Tak tahulah apa yang diisi dalam troli itu. Mungkin segala barang kutipan. Terpaksalah kondokter menolong mengangkat troli naik bas dan menurunkan bila sampai destinasi. Kadang-kadang tambang RM1 punya pasal, bas sanggup ambik juga penumpang asal ada sales.

(iii) Bawa buah-buahan - Aku pernah naik bas Selangor warna merah tu. Dalam itu memang ramai Negro. Tak berani nak duduk belakang-belakang. Selalu kalau naik bas Selangor duduk depan-depan sahaja. Tapi ada suatu hari ada seorang wanita Negro naik bas dengan buah tembikai di tangannya. Buah itu pula tidak diikat atau diletak dalam plastik, cuma bawak begitu sahaja. Bila dia berdiri sebelah aku, terasa sangat kerdil diri ini sebab nak compare badannya sangatlah besar. Orang besar macam dia tentulah larat bawak dua biji tembikai. Dia pula letak buah2 tembikai kat kakinya. Disebabkan bas tu laju, bergolek-goleklah buah tu ke sana ke mari, macam main bowling la pulak. Kadangkala meluncur ke belakang. So kerja dia setiap masa pergi tangkap buah tembikai tu hehehe.

(iv) Rel Langsir yang panjang.

Ada juga satu time nak raya, ada sorang kakak bawak rel langsir. Dahlah panjang. Bila nak bawak naik, kenalah ngelak2, bila bawak turun pun masalah lebih besar jugak, pun terpaksa nak ngelak2 daripada terkena hujung rel itu... Fuhhh...kan panjang, susahla nak bawak turun ngan orang ramai.

(v) Bawak papan pintu

Ada juga apek bawak pintu papan nek bas. Yalah nak bawak nek keta x muat. Nak naik nak kena adjust-adjust, nak turun pun kena adjust-adjust. Nasib beklah muat ngan pintu bas tuh.

(vi) Bawak kerusi plastik

Ada juga orang bawak kerusi plastik dalam bas. Tak tahulah apa tujuannya. Kalau bas penuh boleh la duduk atas kerusi yang dibawa itu. Drebar bas pula dah bising-bising sebab kerusi nya itu menghalang orang nak keluar masuk.

(vii) Bawak beg sampah

Ada juga bawak beg plastik sampah hitam yang besar-besar tu. Sampah yang dikutip pagi-pagi dibawa balik. Nasib baik kat bahagian tengah bas ada satu seat, jd ruangan tu macam besar sikit nak letak barang-barang. Masalahnya bila kita kadang-kadang suka duduk kat seat yang satu tu. Tapi orang yang datang bawak barang besar letak barang-barangnya kat tepi kita ..Heeeeee..tok seh tui.

Kategori 4 - Bunyi phone.

Kat dalam bas boleh dengar macam-macam bunyi phone. Yang paling berkesan bunyi ayam berkokok atau anak kucing mengiau. Mana taknya, tengah-tengah berangan tiba-tiba dengar bunyi ayam berkokok, mula-mula tak perasan ring tone, ingatkan ada orang bawak ayam naik bas. Kuat pulak tu bunyinya boleh mengejutkan orang yang sedang tidor. "Kok Kok kok............." Ada masa pulak bunyi kucing mengiau. Terkejutlah ingatkan ada kucing kat kaki, itupun kalau bunyinya dekat-dekat ngan kita, "Meow, meow...bunyi kucing manja"...nak tergelak aku sorang-sorang dalam bas...lain kali aku nak pasang bunyi harimau atau singa mengaum...biar gempak sikit orang dalam bas tu.

Kategori 5 - Suka Tidor

Yang ini yang jenis suka tidur dalam bas. Tidur senyap-senyap tak apa juga. Ini sampai berdengkur-dengkur, krokkkk..krokkk...kalu duk dekat2 orang itu, pastilah rasa irritating..tapi kalu tido sebelah kita...rasanya nak bagi penampar aja...mengganggu konsentrasi orang...tapi yang yang tidur terlentuk2 tu lagilah menyampah..sekejap sekejap kepalanya kepala dia kat bahu kita...dah tolak...datang lagi..selalunyaa pompuan yang macam tue..kalu lelaki aku wat macam tu maw aja aku pelangkung dengan weapon.

Kategori 6 - Terbang-Terbang

Dalam bas kadang-kadang ada serangga yang terbang-terbang. Paling sakit jiwa serangga yang terbang tu pergi kat kita, dikuis-kuis, dihalau-halau datang balik, lama kelamaan hilang fokus naik bas, konsentrasi kat terbang-terbang tu. Yang paling takut lebahlah.

Kategori 7 - Bawak Radio

Ada sorang pakcik tu suka bawa radio dalam bas. Selalu dia akan duduk di seat belakang. Walaupun begitu, tetap terdengar jugak. Channel yang dibuka selalunya Klasik Nasional hehehehe.. mdayu2 lagu2 50'an dan 60'an...ada juga sorang ane tu suka bawak mp3...tapi x suka pakai ear phone..saja nk tayang2... dipasangnya lagu tamil..berdentam dentum..sakit jiwa mdengar..selalu doa jangan lah dia duk sebelah aku...kalu tak pasti balik aku demam...ada sorang brother tu (aku panggil dia budak bigau sebab suka senyum tak tentu hala) orang pakai mp3, dia pula bawa radio nek bas. Dia nek kat flet. Radio tu ditekup-tekup kat telinga dia. Tapi nak buat apa tekup, volume dah kuat dah. Agaknya sound trouble. Mmg betullah bigau. Kadang stesyen-stesyen radio yang dibukanya tak menarik pun, ada ucapan-ucapan politik...itupun nak dengar...spoil my mood of the day jer dalam bas. Ada satu hari my mum nampak dia dalam siaran langsung kat TV1 masa solat Hari Raya Aidil Adha. So one fine day, dia duk sebelah my mum dalam bas. My mum tanya hari tu saya nampak awak kat siaran langsung. Dia jawab "ye ke? Kat channel mana, TV1, TV2, TV3, TV9, 8TV..?" Mak  saya ckp dalam hati..budak ni bigau betui...ade ke 8TV disebutnya... ada ke siaran langsung sembahyang raya kat 8tv?...lama-lama my mother lari tmpat lain lah..x kuasa..dengan bunyi radio dia..dengan bau mulutnya..hehehehe...rasa mcm nk demam pun ada.

Kategori 9 - Pembuli

Ni kategori berat. Sebab suka himpit-himpit orang. Bila duduk bukak kaki luas-luas sampai 3/4 seat dia punya. Tang tu rasa nak keluarkan weapon aja...ada juga orang suka berdiri dekat-dekat dengan kita..tang bila bas tu sarat...amik kesempatanlah..samada dia berdiri dengan membelakang dengan menyangkutkan punggungnya di tempat duduk..terasa punggung orang pulak..atau yang berdiri dekat-dekat lepas tu gesel-gesel kat bahu kita..masa itulah darah myirap naik 200 darjah..dalam kepala dok memikir strategi how to get rid....benci tul orang gesel-gesel. Bila nak tengok rupa dia, dia lari berdiri lari tempat lain pulak.


Kategori 10 - Sarkas

Golongan ini selalunya terdiri daripada murid-murid sekolah rendah. Selalunya kaum-kaum ane. Tiang pemegang atas dalam bas tu dibuat gayut-gayut macam sarkas. Memang betullah. Kalau dalam bas metro dah kena marah dengan kondakter bergayut-gayut dalam bas..tapi kalu dalam bas rapid..driver tak boleh cakap apalah..mereka wat macam bas sendiri.

Kategori 11- Suka tekan loceng

Yang ini jenis suka tekan2 loceng. Kadang-kadang bas dah stop, tetapi tak ada orang turun. Drebar dah marah-marah. Ada yang suka tekan loceng banyak kali..kalau dapat drebar yang baran, ditekan brek kat situ jugak, tersungkurlah orang yang berdiri, di suruh turun siapa yang tekan tadi. Aku dah byk tkena drebar yang baran nie...suka2 hati aje brek. Kadang-kadang kondaktor sound orang yang tekan loceng banyak kali..."sape tekan loceng banyak2 tu...kita belum pekak lagi lah"..kadang2 drebar stress, lantaslah ditutupnya loceng, so orang yang seterusnya nak turun takda loceng, terpaksalah ketuk2 bumbung bas, ketuk2 tiang besi, bagi isyarat nak turun..itupun nasib kalu drebar dengar, kalu tak jauh lah bas berhenti, nak menapak lagi sambil hati myumpah-yumpah.




Itulah serba sedikit ragam orang...kadang-kadang enjoy, kadang-kadang tak.

Thursday, 17 May 2012

Sajak Pertemuan


Pertemuan Sg. Gombak dan Sg. Kelang

 Pertemuan berlaku
di penjuru matamu
yang ungu
lalu membiru.

Pertemuan berlalu
di penjuru dadaku
yang sayu
lalu terharu.

Kenangan Menaiki Bas

Untuk org yg tak pernah nek bas, meh aku crite apa yg berlaku dlm bas. Seronok taw nek bas mcm2 org ada. Tak akan jumpa pengalaman yang sebegitu berharga.

Kita org satu famili suke nek bas. Dari rumah aku straight je da smpi depan Sogo atau kat Jalan TAR. kan senang nk pg shopping.  Masa bbp tahun lalu, yg ada cuma bas intrakota yg ade rupe skit2 mcm bas rapid tu.tambang pun 90sen je. ada skli time tiket tu bole wat pg balik. fuh jimat tul bayar skli jer tp sykt bas yg lingkup. bas intrakota kt tempat aku nie kebanyakan yg buruk2 je. almaklumlah tmpt x standard. datang dah la lambat, ikut suka hati driver jer, skali datang mak ai penuh mcm ikan sardin, nak taw mcmana rupa penuh tu ? sbb smpi bdiri nak letak kaki pun x cukup space, itupun dpt berdiri sblh kaki je. lg sblh mcm kt awang2an. naseb la, kalo bas tu brek, pijak la kaki org. bole la nampak muka org mengerut2 menahan kesakitan kena pijak ngan sepatu. nk pegang handle lg lah mcm berebut2 xde tmpt nk pegang, janji ape ada sume peganglah, kat bumbung, kt tepi pintu, asal dpt pegang, dpt 2 jari pun ok, janji x jatuh. tau jelah bas ni suka main brek2. mnguji kesabaran. kang jatuh atas org lg susah.air con pulak mcm ade ngan xde, wow rasa mcm dlm ketuhar.berpeluh2 x de oksigen. bila keluar dr bas sume lega semacam. dlm bas tu pulak penuh ngan apek, nyonya,minachi, amma, appa,bisingnya bukan main,kalu cakap sebatu bole dengar. kalu anak2 india yg skola rendah tu ayoyo, bole lumba lari dlm bas dr depan ke belakang, drebar pun x kisah. kalu dpt seat panjang kt belakang skli tu lagilah masak,sebab apa, sebab duk atas enjin. ha ...amek kaw...menggelegak punggung duk atas enjin..kaki plak panas huh mcm kt spa..berwap2..kalu ada kuman gerenti mati. tak kisahlah duk jugaklah wp punggung berasap...nk bdiri pun jenuh. Lepas bas intrakota lesap, datang plak bas metro.

Bas Intrakota tinggal kenangan

 Bas metro awal2 3 @ 4 thn dulu dulu sangat canggih, cantik,sume baru2, seat pun empok lg. Dalam bas siap pasang tv lg depan & kat tengah, walaupun video pun iklan berulang2 aje. kalu bas metro kat PJ tu siap pasang hindustan lg hehehe. tp yg paling best aircon sejuk.  radio2 pulak dipasang kuat2, sound system baik punya. kurang2 dlm pjalanan tu thiburlah ngan pelbagai lagu. kalu duk kat seat bawah speaker lg best wp telinga jd pekak sbb kuat sangat. tp besstlah, aku pun suka duk bwh speaker tue, dgr lagu smbil melayan perasaan...ceh....mcm x nak turun dr bas...bila turun dr bas mcm terbuai2. Selain drp tu 6 biji bas metro kt tempat aku ni ada pemandu tetap ngan bas masing2. Mama aku lagi terer, dia boleh hafal semua plet no. bas. gunanya bila bas datang, dia akan tgk pletnya dulu, bila tgk plet da twu sapa drebar dia. Macam2 gelaran sndiri diberi kat  drebar;  ada Jambul (sbb rambut drebar tu remos), Mr Oslow (sbb bawak bas slow), Fox (sbb mcm firefox), Datuk K (sbb ada iras2 Datuk K), Pakcik baik hati  (sbb slalu x byk crta), bas anak murid (sbb dia panggil mama aku Cikgu, selamat pagi cikgu keh,keh,keh). kalu  bas 8310 tu datang da twu mesti kecewa punya sbb mr oslow yg bawak. kalu org nk cepat mestilar frust menonggeng. yg paling laju bas 6503, pakcik  jambul yg bawak, aku rasa dia cam gila skit. mungkin dia stress sbb isterinya jd kondakter pokpek2x. Masa dulu2 kita org suka duk blakang terutama kat seat yg panjang tu, cukuplah utk 1 famili. Sambil2 tu bole la tgk2 ragam org dlm bas tu. Aku ngan adik aku siap karaoke dlm bas. Tp agak2la nak nyanyi tu, kalu xde org kt blakang tu bole la nyanyi. kalu ade org x yah lah.Lagipun org kt depan x bole dgr sbb sound system yg kuat tu da cover suara kita. Lagu yg aku suka time tu lagu popular Peter Pan "mungkin nanti". Melalak2 aku ngan adik aku karaoke dlm bas.Hehehe budak2 kecik nyanyi. Akak aku pulak lain style dia. Dia membaca suratkhabar dlm bas. Masa tu dia pun skolah rendah kot dlm umur 12 tp dia mcm 10 thn. Masa tu org pelik tgk budak skola rendah berstyle baca paper dlm bas mcm org tua smpi kondukter bas pun tcenggang2 tgk. Kondukter bas pun ok2 sume, aku suka tgk kuku dia org, kuku mrk pula panjang2 mcm drakula.gaknya senang nk mengetik tiket.  Yg paling best driver bas metro mcm driver F1. Skali corner jer mcm terangkat 2 biji tayar bas. Masa tu rasa ngilu2,nk tbalik pun ade. mcm naik roller coaster. yg paling best bila brek mengejut, kalu bdiri, sakit betui tangan menahan. Ade satu masa aku duduk blakang drebar, masa tu rasa mcm ngeri, laju bukan main, tiba2 kecemasan, drebar tekan brek, aku yg duduk blakang drebar pun tarik brek angin. Berdebum kaki aku pg tendang besi blakang tempat duduk drebar. Drebar pun ttengok2 apa la bunyi kuat tue, aku wat2 tak taw aje. hehehe ...Tp aku rasa nek bas Selangor yg takde aircon tu lg terangkat,fuh...melayang2, trase mcm kt hujung nyawa. Yg aku tak sangka mama aku pula jd mcm Micheal Schumarker.  Belajar dr bas metro la tu, katanya takut nk tido, nnt apa2 hal, x nampak dunia lagi, jadi dia asik perhati aje drebar memandu, mcamba drebar potong memotong, potong zig zag, nk meyelit2 hahaha sume itu dipraktikkan, jadi berguna juga kan nek bas.

Bas Metro yang da nak uzur


kalu nek bas tu tgk2 lah pemandangan indah sekeliling, tentu akan nmpk yg interesting setiap hari.

Tapi skrg nie sume kenangan indah itu tiada lg, bas pun da uzur, sume da jd buruk. muzik pun mcm antara dgr ngan tak dgr aje, bila ujan dlm bas pun banjir skli, air masuk dr celah2 tingkap atau bumbung. sungguh myedihkan, drebar bas lama2 pun dh lama takada, sume skrg da btukar org yg plik2 rupa mcm org asing pun ada. lagi la ada bas rapid U yg mbosankan.... drebar pun ade yg malas2 bukan sume... tp drebar rapid yg nama Nordin tu....aku sangat dendam..da berapa kali terkena dia turunkan org kat simpang aje, kenalah jalan kaki....curi tulang tul..

tapi yang best orang kata nek BMW....Bas Mini Wilayah...hehehe..mcm lipas kudung.

BMW (jgn main, main)
Bas termoden sekarang dengan sistem intergrasi


yg indah tu hanya sementara je kan, tp sekurang2nya aku happy dpt merasai sume tue.



Menyebut Kata-Kata di Tempat Yang Salah

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku." Hadirin terkejut dan terpaku... Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku." Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur, "Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator...

Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Cuti-Cuti

Selalunya cuti tidak perlu untuk merancang. Kalau dirancang selalu tak menjadi. Jadi biarkanlah sahaja. Selalu apabila pakcik gemuk saya dari JB turun ke KL menghabiskan cuti berziarah, barulah akan timbul program-program tertentu. Untuk tidak menyusahkan, pakcik saya selalunya akan menginap di hotel terdekat bersama familinya atau berhampiran pusat membeli belah. Saya masih ingat lagi dua tahun lepas dia mengajak famili saya sama bermalam hujung minggu di pusat membeli belah KL Plaza Suite apartment 3 bilik di Jalan Bukit Bintang. Bukan murah sewanya semalam aja RM600. Dari atas apartment dapatlah saya melihat pemandangan-pemandangan di sekitar-sekitar dan di lorong-lorong belakang. Tak pernah membayangkan dapat tinggal di tengah2 ceruk kota raya, kira rezekilah ini.


Tetapi rasa puashatilah juga sebab dapat turun naik lif tengah2 malam meronda di Jalan Bukit Bintang menikmati keindahan malam serta melihat-lihat aktiviti orang. Aktiviti mereka berjalan hingga ke pagi. Tetapi yang saya notice banyak restoran-restoran arab di sepanjang jalan ini. Sesekali terhibur juga melihat-lihat Pavilion yang disinari cahaya, masa tu time nak Krismas, dengan pokok Krismas setinggi bangunan, tengok orang muda bershuffle, tengok orang emas, tengok orang melukis tengah-tengah malam dll.

Kerjanya mudah hanya kenakan RM2 untuk ambil gmbr dgn meka. Tetapi tak tahulah ada lagi ke tak.








Tulisan Jawi

Tulisan jawi semakin pupus waktu ini. Ramai orang yang tidak tahu membaca jawi dengan lancar. Ya, terima kasihlah sebab aku dapat belajar di sekolah ugama. Kurang-kurangnya dapatlah aku belajar membaca tulisan jawi walaupun kadang-kadang broken. Kadang-kadang ada yang tak tahu aku akan tanya mak aku. Mak aku membaca jawi macam ferrari. Keh, keh, keh... Katanya dahulu dia rajin membaca Utusan Melayu  dalam bahasa jawi dan akhbar berbahasa jawi itu dahulu sangat popular dan laris. Tetapi sekarang perlahan-lahan ia semakin pupus dan kalau diterbitkan hanya sekali dalam seminggu.



Dahulu pun ada mesin taip jawi. Ya aku pasti atok aku mengetok-ngetok mesin itu untuk menyiapkan kerja pejabatnya. Ah, sekarang makin payah untuk ditemui. Bahasa jawi ini memang bahasa yang indah. Dahulu aku pernah melihat tanda-tanda jalan dengan tulisan jawi di atasnya di Kuala Lumpur ini. Tetapi sekarang makin lama semakin tiada. Oh ya, baru-baru ini aku ada menonton TV, di Kota Bharu, nama-nama bangunan dan jalan ditulis jawi. Cuba bayangkan Parkson ditulis jawi, alangkah indahnya. Sekurang-kurangnya ada juga yang indah di dunia ini.



Kisah pengemis di kotaraya Kuala Lumpur

Macam-macam kisah pengemis di kotaraya ini. Ada yang real dan ada yang saja dibuat-buat. Biasalah kalau nama pengemis mesti berpakaian compang camping atau sekurang-kurang berkaki ayam sambil membawa bekas duit dan menunjuk-nunjuknya kepada kita meminta simpati. Tetapi sekarang ada pengemis yang moden sedikit membawa makalah-makalah ayat-ayat suci atau sticker-sticker pelekat. Kurang-kurang kita akan keluarkan RM1 untuk mereka.

Ya aku pernah jumpa seorang pakcik yang suka mengemis kat tepi stesen bas. Dia duduk di lantai sambil kakinya dibalut dengan kotak, macam orang sakit. Kerana simpati sedekahlah duit. Orang yang lu lalang pun yang simpati bagi juga duit. Kelihatannya dia hanya boleh duduk tak bole berdiri. Hinggalah pada suatu hari aku nampak pakcik ini di tebing Sungai Kelang. Macam orang sehat aja boleh berjalan. Tiba-tiba dari jauh aku nampak dia menerawang-rawang tangan kat aku dengan mulut yang macam nak maki orang. Memang sewel pakcik ini. Ikutkan hati mahu sahaja aku humban dia saja dalam Sungai Kelang yang deras tu. Tak bersyukur langsung orang dah bagi duit nak maki-maki orang. Nampak sangat autanya masa minta sedekah. Letak kotak kat kaki. Ah, aku dah pernah nampak orang lain pun macam itu, ada yang terbaring-baring atas jalan, tetapi di  stesyen  lain elok aja berdiri. Lakonan mantap. Yang sendiket pun ada. Di Selayang Mall pun ramai pengemis di situ. Sampai aku melihat ada seseorang mengira RM1 berkepuk-kepuk yang didapati. Ah, biarlah rezeki mereka. Tetapi jangan buat slide show pulak, sekejap cacat sekejap baik

Tuesday, 15 May 2012

Toing Toing Toing....

My head going toing toing toing this earlier but I'm really happy cauze got  frenz beside me that can make me laugh & cry together together....

hurm what everlah adakah lelaki yg sudah berumur sudah boring kah mereka dgn pasangan mereka.....hurm too many question in my head ......Why??? Who??? When??? How??? What is really happening actually with them??? .....apa mampu diri ku buat mendoakan semuanya cun saja apakah???? never mind life is short so don't think too much to many just enjoy your life while U can breath Yeah!!!!!

Like