Assalamualaikum,
Pengalaman saya sebagai Pejuang Kemerdekaan dan harapan saya kepada rakyat Malaysia dapat disampaikan dalam surat 1Malaysia ini. Saya Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim @ Kiai Salleh @ Panglima Salleh dilahirkan di Muar, Johor (1916 – 1959). Makna perjuangan bagi saya ialah berjuang menentang musuh-musuh negara terutamanya komunis. Selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II sekitar Ogos 1945 di tangan pihak Berikat, ada terdapat kekosongan kuasa selama dua minggu sehingga ketibaan askar British. Selepas ketibaan British bermulanya pentadbiran British di Tanah Melayu. Pada masa kekosongan kuasa ini komunis telah bermaharajalela di Tanah Melayu dan sekitar kawasan kelahiran saya di Muar dan Batu Pahat, Johor.
Semasa saya muda, banyak masa dihabiskan dengan menimba ilmu agama dan ilmu kepahlawanan seawal usia 13 tahun daripada beberapa orang guru. Antara guru-guru saya ialah Haji Hussein, Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Saya juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor, selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim. Saya telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat, Johor. Ilmu-ilmu agama dan kebatinan ini banyak membantu saya dalam perjuangan saya menentang musuh-musuh negara.
Peranan saya telah bermula pada seawal tahun 1942. Akan tetapi, kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941 mula menggugat kehidupan saya lalu saya berpindah ke Seri Medan Batu Pahat yang menjadi lubuk Parti Komunis Malaya (PKM) dan seterusnya ke Parit Gantung, dekat Lopiak. Saya berjaya menyatupadukan dan memimpin penduduk Melayu daerah Daerah Batu Pahat dari pelbagai suku iaitu suku Banjar, Jawa, Bugis serta Melayu untuk menentang MPAJA semasa zaman pemerintahan Jepun sehinggalah zaman Pentadbiran Tentera British (BMA) dan zaman darurat.
Pada zaman pemerintahan Jepun, komunis menerusi Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) masih dianggap sebagai antara pejuang penentang penjajah Jepun di Tanah Melayu malah mereka turut mendapat sokongan rakyat tempatan. Saya telah dipelawa oleh Parti Komunis Malaya (PKM) supaya menyertai pihak itu dan diberi kepercayaan untuk mengutip cukai daripada penduduk kampung dan peniaga. Saya juga turut diberi sepucuk pistol oleh PKM. Saya tidak menyerahkan semua pungutan cukai itu kepada PKM sebaliknya saya telah bertindak seumpama ‘Robin Hood’ apabila mengagihkan pungutan itu kepada penduduk susah dan miskin. Tindakan itu menyebabkan PKM berang dan berusaha untuk membunuh saya tetapi tidak berjaya. Dari sinilah mereka mula melakukan kekejaman ke atas orang-orang kampong.
Sebelum ketibaan pihak British, pihak Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) juga dikenali dengan nama Bintang Tiga. Mereka telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka ini langsung tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah mengikut undang-undang mereka. Perbicaraan mereka dibuat di mahkamah yang dipanggil “Mahkamah Rakyat” di dalam hutan dan lazimnya mereka yang dibicarakan akan didapati bersalah terus dikenakan hukuman mati.
Saya mendapati Bintang Tiga memperkenalkan peraturan-peraturan kejam. Antara peraturan-peraturan tersebut ialah mengutip cukai wang dari penduduk Batu Pahat berketurunan Melayu, Cina dan India dengan tinggi sekali, memaksa penduduk tempatan menyerahkan hasil tuaian kepada MPAJA, merompak hasil tuaian, tanaman dan ternakan penduduk kampong, menculik wanita muda tidak kira anak dara, janda atau isteri orang untuk dijadikan anggota komunis dan penggalak zuriat, memaksa penduduk tempatan menyertai MPAJA dengan tanpa alasan, menyerang kampong dan membunuh orang awam yang tidak berdosa tanpa alasan, mengadakan Mahkamah Rakyat yang tidak adil dan melarang orang Islam bersolat berjemaah dengan alasan membuang masa. Mereka mula mengganas dan menyeksa penduduk tempatan dengan zalim. Penduduk dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditanam hidup-hidup, diseksa sampai mati, direbus atau diseret di jalan sehingga ratusan penduduk menjadi mangsa mereka. Penduduk melayu marah dan mula bangkit membela diri dan berbunuh balas antara komunis dengan penduduk kampung semakin memuncak.
Kekejaman komunis ketika itu bermaharajalela di Tanah Melayu termasuk di kawasan saya di Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat melayu ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjata api untuk mempertahankan diri, telah memilih saya untuk memimpin pakatan. Pertemuan saya dengan seorang tokoh iaitu Haji Kadri akhirnya mula membenihkan semangat juang demi membela agama, bangsa dan tanah air di dalam sanubari saya. Saya mula bangkit menentang komunis. Dengan pedang pusaka Raja Riau disisip di pinggangku, berpakaian serba hitam, saya mula melangkah gagah memasuki gelanggang perang bersama doa dan bacaan ayat suci yang dibaca berulang kali. Saya mula memimpin Persatuan Muhammadiah selepas teraju sebelum itu, Ijam Ahmad menarik diri. Ahli persatuan percaya saya layak berikutan saya dikenali sebagai seorang yang hebat dalam ilmu persilatan dan tinggi ilmu batin malah gagah berani mengepalai pasukan perang menentang komunis.
Saya mula menyusun strategi dan mengumpul anak muda yang tidak gentar atau lemah semangat untuk bersama-samanya bertempur. Saya mengajar mereka amalan tertentu bagi menguatkan aspek kebatinan masing-masing. Serangan demi serangan dilancarkan oleh pasukan saya yang turut digelar ‘Tentera Selempang Merah’. Dengan berbekalkan ilmu kebatinan ini, pengikut-pengikut saya saya yang berjumlah seratus orang sahaja dapat mengalahkan askar Bintang Tiga yang ramai. Serangan Tentera Selempang Merah terhadap komunis tercetus di seluruh Muar dan Batu Pahat. Selain berpasukan, saya juga bertindak berani apabila berbasikal seorang diri hampir setiap malam semata-mata untuk mencari komunis bagi dibunuh dan dicantas kepalanya. Di bawah bimbingan saya semangat perjuangan di kalangan penduduk ketika itu amat berkobar-kobar dan mereka mula merancang satu serangan besar-besaran terhadap komunis di Bandar Penggaram, Batu Pahat. Tentangan hebat yang diberikan oleh pejuang-pejuang saya digeruni komunis sehinggakan mereka tidak berani lagi bermaharajalela dan menganiaya penduduk sekitar daerah berkenaan sesuka hati. Saya sendiri sanggup ‘turun padang’ untuk bertempur dan memerangi sendiri askar komunis dan bukan sekadar memberi arahan atau memerintah. Saya juga berani mati malah sanggup mempertaruhkan darah dan nyawa saya sendiri demi membela agama dan bangsa.
Sumbangan dan peranan saya yang kecil itu berjaya menyekat kegiatan komunis pada masa itu secara berkesan. Sultan Johor telah berkenan bertitah bahawa saya ialah "Panglima Melayu" ketika itu dan mengurniakan darjah kebesaran. Setidak-tidaknya sumbangan saya melalui semangat juang ‘mengamuk’ itu berguna menentang pengkhianat negara itu bagi mempertahankan maruah bangsa kita.
Harapan besar saya untuk rakyat Malaysia di hari ini supaya terus berjuang mempertahankan tanah air kita daripada anasir subversif dan penjajahan bentuk baru walau dengan darah dan nyawa sekalipun.
Sekian, Wassalam.

![]() |
Panglima Salleh di tengah2 |
No comments:
Post a Comment