Thursday, 17 May 2012

Kisah pengemis di kotaraya Kuala Lumpur

Macam-macam kisah pengemis di kotaraya ini. Ada yang real dan ada yang saja dibuat-buat. Biasalah kalau nama pengemis mesti berpakaian compang camping atau sekurang-kurang berkaki ayam sambil membawa bekas duit dan menunjuk-nunjuknya kepada kita meminta simpati. Tetapi sekarang ada pengemis yang moden sedikit membawa makalah-makalah ayat-ayat suci atau sticker-sticker pelekat. Kurang-kurang kita akan keluarkan RM1 untuk mereka.

Ya aku pernah jumpa seorang pakcik yang suka mengemis kat tepi stesen bas. Dia duduk di lantai sambil kakinya dibalut dengan kotak, macam orang sakit. Kerana simpati sedekahlah duit. Orang yang lu lalang pun yang simpati bagi juga duit. Kelihatannya dia hanya boleh duduk tak bole berdiri. Hinggalah pada suatu hari aku nampak pakcik ini di tebing Sungai Kelang. Macam orang sehat aja boleh berjalan. Tiba-tiba dari jauh aku nampak dia menerawang-rawang tangan kat aku dengan mulut yang macam nak maki orang. Memang sewel pakcik ini. Ikutkan hati mahu sahaja aku humban dia saja dalam Sungai Kelang yang deras tu. Tak bersyukur langsung orang dah bagi duit nak maki-maki orang. Nampak sangat autanya masa minta sedekah. Letak kotak kat kaki. Ah, aku dah pernah nampak orang lain pun macam itu, ada yang terbaring-baring atas jalan, tetapi di  stesyen  lain elok aja berdiri. Lakonan mantap. Yang sendiket pun ada. Di Selayang Mall pun ramai pengemis di situ. Sampai aku melihat ada seseorang mengira RM1 berkepuk-kepuk yang didapati. Ah, biarlah rezeki mereka. Tetapi jangan buat slide show pulak, sekejap cacat sekejap baik

No comments:

Post a Comment

Like