Selepas temasya sukan sekolah dahulu, saya dan adik saya membawa balik satu medal untuk mama. Kami menyuruh mama belanja kami makan pizza. Memang dah lama teringin nak makan pizza nih. Nasib baik ada peluang nak makan. Selepas mama bersetuju, keesokkannya hari Isnin sebelah petang kami pergilah ke restoran pizza yang berdekatan rumah kami.
Setiba di restoran pizza, hanya ada 2 customer aja yang ada di situ. Suasana lengang, maklumkan hari bekerja. Kami berempat pun memilih tempat duduk yang jenis sofa. Tunggu punya tunggu, tiada sesiapa yang datang ambil order. Hai, lamanya, takkan tak nampak kome yang duduk sini. Saya pun melambai-lambai kepada seorang crew yang duduk di kaunter. Si waiter pun bergegas datang mengambil order kami. Selesai kami order semuanya, si waiter masih blur dengan pesanan kami. Dia menggaru2 kepala. Jadi dia menanya kami semula. Kali ini kami bercakap satu-satu pesanan padanya sambil menunjuk gambar seperti di dalam brochure. Selepas itu, still dia blur, tanya lagi. Hai, nasib baik kami ini baik hati terang satu persatu. Selepas dia mengambil pesanan kami, kami lihat dia menanya kawan dia di kaunter, agaknya masih blur lagi.
Selepas pesanan kami sampai, dia cuma letak sahaja. Mana pinggan, sudu dan garfunya. Arh, takpalah, self service, terpaksalah kami bangun dan cari sendiri. Ada pinggan, sudu dan garfu yang kami "curi" dari meja lain. Hehehe macam penyamun. Macam restoran sendiri, berlegar2 sementara order tiba.
Masa menunggu order kami sampai pun lama jugak. Walhal bukan ramai orang di restoran itu, boleh dibilang kepala sahaja. Kepala kami empat campur lagi dua orang. Takpa, sabar sahaja. Selepas itu Supervisor mereka pula masuk kerja. Ada seorang crew yang macam rabun sikit, tengok orang sampai mata kecik2. Saya hanya meluruskan tangan saya, dia ingat saya panggil dia. Selepas itu dia suruh Supervisor datang tanya. "ya, ada ape cik?" Kami cakap tak panggil pun. Hahaha.... Kami order roti garlic, dapatnya roti mentega, tak ke haru hahaaa.....makan ajelah, dah tahu dah mesti waiter yang blur tu salah tulis.
Bila part nak bayar, pergilah ke kaunter hadapan. Cashier tunjukkan bil. Dalam bil tu tulis '7-up for 2= RM4'. Hahaha..bila masa pula minum 7- up. Semua orang minum ais blended yang harga pun dah mahal. Lagi pula catat minum 2 orang aja. Tak nampakke 4 kepala yang makan tadi. Mama saya cuba betulkan tentang minuman itu tetapi cashier kat kaunter tu pun sama blur aja. Supervisor pula tak nampak tak kisah. Last-last kami bayarlah sahaja apa yang tertera di bil. Bukan salah kami ya. Dalam perjalanan pulang kami gelak sahaja dengan peristiwa itu. Apa apa pun resit ini disimpan sebagai kenang-kenangan. Once in a life time aja.