Sunday, 27 May 2012

Ubat Tido


Kebelakangan ini, payah benar rasanya nak tido. Walaupun tido tu antara hobi, tapi bila berbaring mata terkebil - kebil.... jam berdetik, tapi mata.. macam tu jugak lah. Tapi bila dah tidur, payah pulak nak bangun awalnya....

So sekarang aku dah jumpa ubat tidur, konon-konon di tanganku ada buku yang tebal seperti novel ke, majalah ke. Memanglah tak akan larat nak membaca buku tebal tu. Selalunya habis membaca mukasurat pertama aja, itupun muka surat itu aku baca berulang-ulang…antara paham ngan tak paham....akhirnya aku tertidur sendiri. Kadang-kadang pegang buku aja sudah tertidur. Konon-konon nak membaca buku. Tapi jangan salah anggap, ini cuma bila ngantuk tapi tak nak tidur.

Aku tersenyum sendiri. "Ubat" ini sangat mujarab, keh3...memang kacau kalau mata tak bole tido...



Kisah Ayam Katik

Pernah dengar ayam katik atau ayam serama? Ayam tu yang kecik konet. Ntahlah agaknya tak besar-besar. Memang species dia macam tuh.

Alkisah 3 atau 4 tahun lalu, seekor ayam katik telah  terlepas dan masuk rumah aku. Masa tu jarang tengok ayam secara live, bila ada di depan mata memang tak mahu lepas peluang.  Tak tahu sapa punya ayam. Tanya makcik rumah besar kat marudi 4 sapa punya ayam dia kata mungkin orang kat hujung rumah dia kot. Tetapi bila kita tercari-cari tuannya, tiada siapa pulak mahu mengaku. So tak tahu apa nak buat, kami biarkanlah ayam itu dahulu duk di halaman rumah. Yang kelakarnya waktu subuh atau mau malam, ayam tu berkokok kuat...hehehhe...macam ada suasana kampung ngan bunyi ayam. Dengan banggaanya ayam itu mendabik dada, dan mengepak-gepakkan sayapnya lalu berkokok sekuat hati. Kadang-kadang dia akan bertenggek atas motor dan berkokok. Kami memberinya makan nasi lah. Lepas bagi makan, tau-taulah aja, ada extra kerja pulak nak kena buat, nak kena membasuh simen.

Esok-esoknya makcik rumah besar tu datang nak ambik ayam. Tak tawlah nak dibawa ke mana. Tak menyempat-yempat pulak makcik tuh. Orang baru nak berkenal-kenalan dengan ayam. Kesiankan ayam tuh, nanti kalau dia balik rumah dia pasti dia duduk terkurung dalam reban, kat rumah aku kurang-kurang dia happylah sikit.


Kisah Beruk Terlepas

Aku ingat lagi time aku duduk di Marudi 8, jiran aku ada membela seekor beruk. Walaupun begitu jarang nampak beruk itu kerana disimpan di dalam rumah. Hanya bila sekali sekala hendak dimandikan barulah beruk itu dibawa keluar. Aku tak tahu lah bagaimana jiran aku itu tinggal dengan beruk itu walaupun dia duduk bujang. Patutlah sebelum tu aku dengar bunyi yang pelik-pelik di sebalik dinding, rupa-rupanya bunyi beruk. Ingatkan bunyi monster.

Alkisah suatu petang, sedang aku duduk-duduk di rumah tiba-tiba beruk itu melompat masuk. Agaknya sudah terlepas dari pagar sebelah.Time-time tu pulak tengah2 terbongkang. Apalagi terjerit-jeritlah kami. Aku terus  melompat atas sofa tanpa bergerak-gerak. Beruk itu selamba aja duduk di suatu sudut. Kita tengok dia, dia tengok kita. Dah disuruh usha-usha keluar tak mahu jugak. Takutla jugak manalah tahu kang dia menerkam dan menggigit. Barulah kes naya.

Tidak lama tu, tuannya pun datang. Mula-mula memanggil di luar gate. Agaknya beruknya takada response, dia pun masuk dalam dan angkat beruknya balik. Wah menakutkan jugak pengalaman nih. Ada ke orang bela beruk di kawasan perumahan. Pelik tul jiran nie, dia letak akuarium di luar rumah, tapi bunyi enjin akuarium itu sangat kuat, mengganggu betul terutama tengah2 malam. Selepas akuarium hilang, dibela anak kucing pulak dalam akuarium...haish22x ...tersiksa aku..anak2 kucing tu memanjat kuar dari akuarium dan masuk ke dalam rumah............... tak lama lepas dia pindah barulah lega sikit.

Inilah lebihkurang rupa beruk tuh. Amacam?

Like