Dahulu ayah aku memang kaki pancing. Macam-macam peralatan memancing ada di rumah. Stor rumah pun sudah seperti gudang pancing, jaring, joran, jala. Segala tong ikan pun ada...namanya colman kot.. Berbagai umpan hidup pun ada seperti cengkerik. Bila malam cengkerik tu berbunyi2. Bising betui macam dalam hutan. Dahulu aku duduk di Desa Pandan. Ramai kawan ayah kaki pancing di sana. Apalagi, macam meriah aje. Asik-asik buat trip yang jauh.Semasa muda dahulu mak aku pun terikut-ikut hobi ayah. Mereka selalu naik motor bersama pergi memancing. Tak ayah aku bonceng mak aku, mak aku yang bawak motor bonceng ayah, terbalik kut.. hehehe..macam sehati sejiwa. Cakap ajalah kat lubuk mana kat KL nie dulu semua mereka dah redah. Dulu banyak lombong-lombong dan kolam-kolam ikan yang terbiar kat Kg. Pandan, Ampang, Damansara Heights bawah jambatan tu, kat tapak sebelum terdiri PPR beringin, kat lombong batu 5 kat sebelah Telekom tu, dll. Yang paling jauh pun kat kawasan Rawang atau Kundang. Kalu dah kaki pancing tu, bulan puasa yang panas terik pun sanggup duduk berjam-jam tepi kolam sampai petang. Kalau ada pertandingan memancing memang tak pernah miss, tapi tak pernah menang pun. Ikan sekor pun tak dapat. Buat penat lagi ada dari awal pagi sampai ke petang. Tetapi sekarang dah takda lagi dah, semuanya hanya tinggal kenangan sahaja.
Macam-macam ikan dibawa balik. Aku pun tak tahu nama jenis ikan itu. Tetapi yang popular ikan talapia. Senang aja nak tangkap. Kadang-kadang tabur-tabur umpan tepung dah dapat. Tetapi bukan makan sangat pun ikan-ikan ni, hanya suka-suka sahaja. Kebanyakannya diberi pada orang lain. Kadang-kadang ikan itu berbau minyak hitam. Dah dibersihkan masih berbau, ikan talapia terutamanya. Kadang-kadang dalam perut ikan itu ada macam-macam benda. Yalah, ramai orang lain memancing gak guna macam-macam umpan, cacinglah, kataklah, cengkeriklah....eeeee gelilah nak makan. Tak sanggup nak makan tapi makan jugalah sikit-sikit. Rasanya macam lemak-lemak tetapi ada bau tengik sikitlah. Kena basuh dengan air asam.
Tetapi akibat minat ayah aku suka memancing ni, masa kecik-kecik, Nenek Babysitter yg jaga aku kata , mulut aku dah macam ikan toman pulak. Tak boleh nak katup. Asik nak terbukak je. Air liur pulak meleleh2. Nenek kata ni "ko ni dah pekena ikan toman gaknya". Eh betui ke?, tapi macam iye lah kan, diaorang asik komen mulut aku ternganga2 aje. Nasib baik dah besar ni dah bole adjust2 ckit hehehehe
No comments:
Post a Comment