Wednesday, 10 August 2011

Cerita Bubur Lambuk

Bulan puasa terkenal dengan bubur lambuk. Selalunya berduyun-duyun orang ke Masjid atau Surau untuk mengambil bubur lambuk buat hidangan berbuka puasa. Tetapi kini bubur lambuk boleh didapati di mana-mana sahaja, ada yang free dan ada juga yang dikenakan bayaran minimum. Tetapi selalunya bubur lambuk ini orang buat sedekah sahaja. Rasanya memang sedap dan ada berbagai-bagai ramuan di dalamnya seperti ayam atau daging.

Bercakap mengenai bubur lambuk, di tempatku tinggal beberapa tahun sudah ada juga bubur lambuk yang disediakan oleh sebuah parti politik. Ia diberikan secara percuma kepada semua orang tak kira siapa. Tetapi di plastik pembungkus siap tertera dengan lambang parti.  Haha.. tak taulah samada orang dari parti politik lain sanggup nak makan bubur lambuk tersebut. Tetapi bila bab makanan takkan nak mengira parti politik kot. 

Pada tahun lepas seorang Chef terkenal, Chef Yxxx (tak elok disebut namanya) memasak bubur lambuk dan diagihkan kepada orang ramai di hadapan Kompleks Pertama. Dua periuk besar digunakan dan bubur diletakkan dalam mangkuk plastik. Kami juga beratur panjang tidak melepaskan peluang mengambilnya. Memandangkan nampak macam sedap aja, sikap tamak pun datang. Tak cukup dengan dua, ambil lagi beberapa ekstra bekas. Bila masa berbuka puasa, tak sabar-sabar nak makan. Baunya memang menyelerakan. Tetapi bila dah masuk tekak, alamak macam nak terkeluar balik. Sebab apa? Masinnyerr...tak lalu nak makan. Akhirnya letak tepi sahaja. Agaknya bagaimana reaksi orang lain pula ya pada hari tersebut. Jangan kutuk2 Chef tu sudahlah, kesian dier, ya lah bulan puasa kita fahamlah macamana nak rasa makanan, nak letak terlebih garam atau tidak.

Baru-baru ini aku mencuba bubur lambuk yang didapati dari sebuah taman perumahan. Nampak macam best aja tapi bila makan hampeh pulak. Tawarrrr. Pun mengurangkan selera jugak. Jadi bukan senanglah nak buat bubur lambuk dalam kawah besar-besar ni ya. Terlebih garam pun nanti masin. Kalau tawar pun tak sedap. Kalau orang yang dah pandai tu memang salute lah!





Selamat Berpuasa Pada Semua & Kenangan Tahun 2000

Tak terlambat aku nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua. Sama-samalah kita menjalani ibadah ini dan semuga mendapat keberkatan.

Oh ya, bercakap pasal puasa, pada tahun 2000, kita berpuasa pada bulan Disember dan berhariraya pada bulan Januari, aneh kan, berkembar pula dengan CNY. Kenapa aku teringat pada tahun 2000. Yalah, mak aku bercerita sebab pada tahun itu pada bulan Disember adikku dilahirkan. Kebetulan pula pada bulan puasa. Oleh kerana doktor-doktor di klinik itu sedang berpuasa, jadi mereka cadang mak aku melahirkan selepas berbuka puasa. Memandangkan tidak desperate sangat masih boleh disetkan masa untuk melahirkan. Hahaha........selepas doktor dan jururawat selesai berbuka puasa, barulah mereka datang balik dan tepat jam 8.30 malam barulah adikku lahir.  Patutnya dia tu dinamakan Muhammad Ramadan atau Muhammad Puasa @ Muhammad Sahur pun boleh. Kebetulan kawan adikku lahir pada Hari Raya, jadi nama dia ialah Aidil Fitri. Hahaha......sesuatu yang menarik untuk dikenangi pada bulan puasa.


Sajak: Rumah Kita



Masa hadapan tidak dilukis di atas batu
atau terurai daripada serpihan sejarah
yang takdirnya di makan anai-anai
dalam kesenyapan masa
kita yang terlupa menggenggam
segala yang kita miliki.

Hari ini marilah kita bersatu
membina kehidupan di masa hadapan
dengan kekuatan ratusan tentera berkuda
dipacu daripada kewarasan akal
dalam setiap doa ibu-ibu yang melahirkan
bayi-bayi comel, permata bangsa
penuh kasih sayang -
buat esok seterang mentari memancar sinar
mendakap alam yang tenang.

Tuhan tidak mengubah
nasib hambanya yang sentiasa
takut kehilangan tongkat azimat
ini bumi subur milik kita bersama
aman makmur – beluncas pun
mampu menjelmakan rama-rama
lalu hinggap di pohon bunga raya
milik bonda.

Hari ini ayah dan bonda
semakin tua, marilah kita bertatih
menyelusuri segenap pelusuk ilmu
menggeledah dunia siber
menebas lalang-lalang durjana
yang meracuni laman rumah kami
dengan segala ideologi
terlupa mensyukuri kedamaian dan kemakmuran
yang sentiasa terpaku di kerusi empuk
rumah sendiri.

Di rumah kita ini
keteguhan rukun negara
kepercayaan kepada Tuhan yang Esa
membenarkan kami membina bahagia
dengan cara sendiri
di negara berbagai warna
dan isi.

KAMAL SUJAK
SHDL, MMU CYBERJAYA.
28 September 2010
(Berita Harian, Sabtu 26 Disember 2010)

Nota Aku : Rumahku Syurgaku. Tiada tempat yang menarik selain di rumah sendiri. Jadi warnailah rumah kita dengan keceriaan dan kasih sayang. Semuga kasih sayang kita tidak akan luntur seperti garis putih cinta. 

Hi! I'm Back


Ermmm..dah lama aku tak update blog ni. Cuma-cuma baru ini aku ditegur oleh seorang reader yang blog aku dah outdated, barulah aku teringat. Elok jugalah tu, bila aku sudah boring berFB, bolehlah aku bertukar ke blog pula.Hahaha...aku tak maulah dikatakan seperti peribahasa "hangat-hangat tahi ayam ajer". Masa mula-mula aje berkobar-kobar tapi last-last hampeh. 

Sebenarnya aku belum pun launch blog aku ini. Aku cuma buat trial ke atas beberapa orang sahaja. Tetapi memandangkan mereka ini terdiri daripada orang-orang dewasa amat payahlah sikit. Sebab mereka nak compare blog aku dengan blok-blok politik atau pun blog-blog agama agar memberi kesedaran pada orang. Mmmm...kesedaran apa aku nak bagi ya walhal aku pun masih belum sedar diri lagi. Nak cakap macam Ustazah pun tak layak. 

Memandangkan masih hijau lagi jadi eloklah bercerita yang santai atau ringkas-ringkas sahaja. Sebenarnya pun masih dalam proses pembelajaran cara nak nak edit blog ini. Hopefully this blog akan terus berkembang. Well you readers out there, please give us your support and please join us as followers ok. Thks!

Is It Friday Yet?



Wah, korang mesti selalu tertunggu-tunggu hari Jumaat, kan? Sebab selepas Jumaat ialah Sabtu dan Ahad....bestnya weekend lagi.....bolehlah melepak-lepak dan bermalas-malas di rumah.

Laju betul minggu demi minggu berlalu macam tu je...kekadang aku sendiri tak ingat apa yg aku dah buat for that week..sedar2 dah weekend..pastu start monday plak lagi.........dan akan berulang lagi ke minggu2 seterusnya...sedar-sedar nak ke penghujung 2011.

Macam baru je rasa celebrate new year 2011 siap dgn azam baru sume kan..skrg azam ntah ke mana...kekadang teringat gak boleh ke kita slowkan masa ni kejap..letih lah rasa asik terkejar2kan.

Always wish we have more time walaupun sepatutnya masa yg kita ada dah cukup untuk kita mencapai target...apa target aku?..target korang?

Cakap pasal masa, memang lah masa itu emas. Sekali dah ke depan tak boleh ke belakang lagi....jadi hargailah masa itu dengan sebaik-baiknya.

Like