Thursday, 17 May 2012

Sajak Pertemuan


Pertemuan Sg. Gombak dan Sg. Kelang

 Pertemuan berlaku
di penjuru matamu
yang ungu
lalu membiru.

Pertemuan berlalu
di penjuru dadaku
yang sayu
lalu terharu.

Kenangan Menaiki Bas

Untuk org yg tak pernah nek bas, meh aku crite apa yg berlaku dlm bas. Seronok taw nek bas mcm2 org ada. Tak akan jumpa pengalaman yang sebegitu berharga.

Kita org satu famili suke nek bas. Dari rumah aku straight je da smpi depan Sogo atau kat Jalan TAR. kan senang nk pg shopping.  Masa bbp tahun lalu, yg ada cuma bas intrakota yg ade rupe skit2 mcm bas rapid tu.tambang pun 90sen je. ada skli time tiket tu bole wat pg balik. fuh jimat tul bayar skli jer tp sykt bas yg lingkup. bas intrakota kt tempat aku nie kebanyakan yg buruk2 je. almaklumlah tmpt x standard. datang dah la lambat, ikut suka hati driver jer, skali datang mak ai penuh mcm ikan sardin, nak taw mcmana rupa penuh tu ? sbb smpi bdiri nak letak kaki pun x cukup space, itupun dpt berdiri sblh kaki je. lg sblh mcm kt awang2an. naseb la, kalo bas tu brek, pijak la kaki org. bole la nampak muka org mengerut2 menahan kesakitan kena pijak ngan sepatu. nk pegang handle lg lah mcm berebut2 xde tmpt nk pegang, janji ape ada sume peganglah, kat bumbung, kt tepi pintu, asal dpt pegang, dpt 2 jari pun ok, janji x jatuh. tau jelah bas ni suka main brek2. mnguji kesabaran. kang jatuh atas org lg susah.air con pulak mcm ade ngan xde, wow rasa mcm dlm ketuhar.berpeluh2 x de oksigen. bila keluar dr bas sume lega semacam. dlm bas tu pulak penuh ngan apek, nyonya,minachi, amma, appa,bisingnya bukan main,kalu cakap sebatu bole dengar. kalu anak2 india yg skola rendah tu ayoyo, bole lumba lari dlm bas dr depan ke belakang, drebar pun x kisah. kalu dpt seat panjang kt belakang skli tu lagilah masak,sebab apa, sebab duk atas enjin. ha ...amek kaw...menggelegak punggung duk atas enjin..kaki plak panas huh mcm kt spa..berwap2..kalu ada kuman gerenti mati. tak kisahlah duk jugaklah wp punggung berasap...nk bdiri pun jenuh. Lepas bas intrakota lesap, datang plak bas metro.

Bas Intrakota tinggal kenangan

 Bas metro awal2 3 @ 4 thn dulu dulu sangat canggih, cantik,sume baru2, seat pun empok lg. Dalam bas siap pasang tv lg depan & kat tengah, walaupun video pun iklan berulang2 aje. kalu bas metro kat PJ tu siap pasang hindustan lg hehehe. tp yg paling best aircon sejuk.  radio2 pulak dipasang kuat2, sound system baik punya. kurang2 dlm pjalanan tu thiburlah ngan pelbagai lagu. kalu duk kat seat bawah speaker lg best wp telinga jd pekak sbb kuat sangat. tp besstlah, aku pun suka duk bwh speaker tue, dgr lagu smbil melayan perasaan...ceh....mcm x nak turun dr bas...bila turun dr bas mcm terbuai2. Selain drp tu 6 biji bas metro kt tempat aku ni ada pemandu tetap ngan bas masing2. Mama aku lagi terer, dia boleh hafal semua plet no. bas. gunanya bila bas datang, dia akan tgk pletnya dulu, bila tgk plet da twu sapa drebar dia. Macam2 gelaran sndiri diberi kat  drebar;  ada Jambul (sbb rambut drebar tu remos), Mr Oslow (sbb bawak bas slow), Fox (sbb mcm firefox), Datuk K (sbb ada iras2 Datuk K), Pakcik baik hati  (sbb slalu x byk crta), bas anak murid (sbb dia panggil mama aku Cikgu, selamat pagi cikgu keh,keh,keh). kalu  bas 8310 tu datang da twu mesti kecewa punya sbb mr oslow yg bawak. kalu org nk cepat mestilar frust menonggeng. yg paling laju bas 6503, pakcik  jambul yg bawak, aku rasa dia cam gila skit. mungkin dia stress sbb isterinya jd kondakter pokpek2x. Masa dulu2 kita org suka duk blakang terutama kat seat yg panjang tu, cukuplah utk 1 famili. Sambil2 tu bole la tgk2 ragam org dlm bas tu. Aku ngan adik aku siap karaoke dlm bas. Tp agak2la nak nyanyi tu, kalu xde org kt blakang tu bole la nyanyi. kalu ade org x yah lah.Lagipun org kt depan x bole dgr sbb sound system yg kuat tu da cover suara kita. Lagu yg aku suka time tu lagu popular Peter Pan "mungkin nanti". Melalak2 aku ngan adik aku karaoke dlm bas.Hehehe budak2 kecik nyanyi. Akak aku pulak lain style dia. Dia membaca suratkhabar dlm bas. Masa tu dia pun skolah rendah kot dlm umur 12 tp dia mcm 10 thn. Masa tu org pelik tgk budak skola rendah berstyle baca paper dlm bas mcm org tua smpi kondukter bas pun tcenggang2 tgk. Kondukter bas pun ok2 sume, aku suka tgk kuku dia org, kuku mrk pula panjang2 mcm drakula.gaknya senang nk mengetik tiket.  Yg paling best driver bas metro mcm driver F1. Skali corner jer mcm terangkat 2 biji tayar bas. Masa tu rasa ngilu2,nk tbalik pun ade. mcm naik roller coaster. yg paling best bila brek mengejut, kalu bdiri, sakit betui tangan menahan. Ade satu masa aku duduk blakang drebar, masa tu rasa mcm ngeri, laju bukan main, tiba2 kecemasan, drebar tekan brek, aku yg duduk blakang drebar pun tarik brek angin. Berdebum kaki aku pg tendang besi blakang tempat duduk drebar. Drebar pun ttengok2 apa la bunyi kuat tue, aku wat2 tak taw aje. hehehe ...Tp aku rasa nek bas Selangor yg takde aircon tu lg terangkat,fuh...melayang2, trase mcm kt hujung nyawa. Yg aku tak sangka mama aku pula jd mcm Micheal Schumarker.  Belajar dr bas metro la tu, katanya takut nk tido, nnt apa2 hal, x nampak dunia lagi, jadi dia asik perhati aje drebar memandu, mcamba drebar potong memotong, potong zig zag, nk meyelit2 hahaha sume itu dipraktikkan, jadi berguna juga kan nek bas.

Bas Metro yang da nak uzur


kalu nek bas tu tgk2 lah pemandangan indah sekeliling, tentu akan nmpk yg interesting setiap hari.

Tapi skrg nie sume kenangan indah itu tiada lg, bas pun da uzur, sume da jd buruk. muzik pun mcm antara dgr ngan tak dgr aje, bila ujan dlm bas pun banjir skli, air masuk dr celah2 tingkap atau bumbung. sungguh myedihkan, drebar bas lama2 pun dh lama takada, sume skrg da btukar org yg plik2 rupa mcm org asing pun ada. lagi la ada bas rapid U yg mbosankan.... drebar pun ade yg malas2 bukan sume... tp drebar rapid yg nama Nordin tu....aku sangat dendam..da berapa kali terkena dia turunkan org kat simpang aje, kenalah jalan kaki....curi tulang tul..

tapi yang best orang kata nek BMW....Bas Mini Wilayah...hehehe..mcm lipas kudung.

BMW (jgn main, main)
Bas termoden sekarang dengan sistem intergrasi


yg indah tu hanya sementara je kan, tp sekurang2nya aku happy dpt merasai sume tue.



Menyebut Kata-Kata di Tempat Yang Salah

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku." Hadirin terkejut dan terpaku... Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku." Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur, "Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator...

Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Cuti-Cuti

Selalunya cuti tidak perlu untuk merancang. Kalau dirancang selalu tak menjadi. Jadi biarkanlah sahaja. Selalu apabila pakcik gemuk saya dari JB turun ke KL menghabiskan cuti berziarah, barulah akan timbul program-program tertentu. Untuk tidak menyusahkan, pakcik saya selalunya akan menginap di hotel terdekat bersama familinya atau berhampiran pusat membeli belah. Saya masih ingat lagi dua tahun lepas dia mengajak famili saya sama bermalam hujung minggu di pusat membeli belah KL Plaza Suite apartment 3 bilik di Jalan Bukit Bintang. Bukan murah sewanya semalam aja RM600. Dari atas apartment dapatlah saya melihat pemandangan-pemandangan di sekitar-sekitar dan di lorong-lorong belakang. Tak pernah membayangkan dapat tinggal di tengah2 ceruk kota raya, kira rezekilah ini.


Tetapi rasa puashatilah juga sebab dapat turun naik lif tengah2 malam meronda di Jalan Bukit Bintang menikmati keindahan malam serta melihat-lihat aktiviti orang. Aktiviti mereka berjalan hingga ke pagi. Tetapi yang saya notice banyak restoran-restoran arab di sepanjang jalan ini. Sesekali terhibur juga melihat-lihat Pavilion yang disinari cahaya, masa tu time nak Krismas, dengan pokok Krismas setinggi bangunan, tengok orang muda bershuffle, tengok orang emas, tengok orang melukis tengah-tengah malam dll.

Kerjanya mudah hanya kenakan RM2 untuk ambil gmbr dgn meka. Tetapi tak tahulah ada lagi ke tak.








Tulisan Jawi

Tulisan jawi semakin pupus waktu ini. Ramai orang yang tidak tahu membaca jawi dengan lancar. Ya, terima kasihlah sebab aku dapat belajar di sekolah ugama. Kurang-kurangnya dapatlah aku belajar membaca tulisan jawi walaupun kadang-kadang broken. Kadang-kadang ada yang tak tahu aku akan tanya mak aku. Mak aku membaca jawi macam ferrari. Keh, keh, keh... Katanya dahulu dia rajin membaca Utusan Melayu  dalam bahasa jawi dan akhbar berbahasa jawi itu dahulu sangat popular dan laris. Tetapi sekarang perlahan-lahan ia semakin pupus dan kalau diterbitkan hanya sekali dalam seminggu.



Dahulu pun ada mesin taip jawi. Ya aku pasti atok aku mengetok-ngetok mesin itu untuk menyiapkan kerja pejabatnya. Ah, sekarang makin payah untuk ditemui. Bahasa jawi ini memang bahasa yang indah. Dahulu aku pernah melihat tanda-tanda jalan dengan tulisan jawi di atasnya di Kuala Lumpur ini. Tetapi sekarang makin lama semakin tiada. Oh ya, baru-baru ini aku ada menonton TV, di Kota Bharu, nama-nama bangunan dan jalan ditulis jawi. Cuba bayangkan Parkson ditulis jawi, alangkah indahnya. Sekurang-kurangnya ada juga yang indah di dunia ini.



Kisah pengemis di kotaraya Kuala Lumpur

Macam-macam kisah pengemis di kotaraya ini. Ada yang real dan ada yang saja dibuat-buat. Biasalah kalau nama pengemis mesti berpakaian compang camping atau sekurang-kurang berkaki ayam sambil membawa bekas duit dan menunjuk-nunjuknya kepada kita meminta simpati. Tetapi sekarang ada pengemis yang moden sedikit membawa makalah-makalah ayat-ayat suci atau sticker-sticker pelekat. Kurang-kurang kita akan keluarkan RM1 untuk mereka.

Ya aku pernah jumpa seorang pakcik yang suka mengemis kat tepi stesen bas. Dia duduk di lantai sambil kakinya dibalut dengan kotak, macam orang sakit. Kerana simpati sedekahlah duit. Orang yang lu lalang pun yang simpati bagi juga duit. Kelihatannya dia hanya boleh duduk tak bole berdiri. Hinggalah pada suatu hari aku nampak pakcik ini di tebing Sungai Kelang. Macam orang sehat aja boleh berjalan. Tiba-tiba dari jauh aku nampak dia menerawang-rawang tangan kat aku dengan mulut yang macam nak maki orang. Memang sewel pakcik ini. Ikutkan hati mahu sahaja aku humban dia saja dalam Sungai Kelang yang deras tu. Tak bersyukur langsung orang dah bagi duit nak maki-maki orang. Nampak sangat autanya masa minta sedekah. Letak kotak kat kaki. Ah, aku dah pernah nampak orang lain pun macam itu, ada yang terbaring-baring atas jalan, tetapi di  stesyen  lain elok aja berdiri. Lakonan mantap. Yang sendiket pun ada. Di Selayang Mall pun ramai pengemis di situ. Sampai aku melihat ada seseorang mengira RM1 berkepuk-kepuk yang didapati. Ah, biarlah rezeki mereka. Tetapi jangan buat slide show pulak, sekejap cacat sekejap baik

Like