Wah, kalau orang tanya aku siapa penyanyi yang aku minati, sudah tentu aku tak tahu siapa. Walaupun sekarang ramai penyanyi-penyanyi baru seperti Stacy, Shahir hehehe...aku juga minat seorang legend nih. Sejak aku dengar VCD konsert pertamanya di Istana Budaya pada tahun 2006, aku pun sudah semakin minat. Tak lain dan tak bukan Jamal Abdillah. Aku layan konsert Jamal kat Istana Budaya ini tak taulah dah berapa puluh kali dah.. especially lagu Mustika Hati, Di Penghujung Rindu dll lagi. Still love to watch this concert... but the important thing.. what a marvelous voice...Jamal adalah penghibur sejati..Ini adalah untuk semua peminat yang menghargai dia sepanjang pembabitan dia dalam industri muzik..Dan inilah hasilnya, persembahan yang sangat menghiburkan! I think suara dia dapat cover semua kisah-kisah hidupnya yang lalu.Aku tak peduli apa yang berlaku dalam hidupnya, aku tetap minat dan memuja suara Jamal...
Thursday, 11 August 2011
Nasi Lemak Kukus
![]() |
Gambar ini hiasan sahaja. Bukan ygn real punya |
Setiap hari Rabu di tempatku ada pasar malam. Setiap minggu itulah aku akan mencari nasi lemak kukus. Aku pun tidak tahu kenapalah aku sanggup beratur dan menunggu giliran dengan sabarnya untuk membeli. Memang gerai itu selalu sahaja penuh terutama sekali dengan kaum Cina. Wah mereka sudah awal2 berkerumun di situ. Kadang-kadang membeli sampai berbungkus-bungkus. Di celah-celah keramaian itu, terpaksalah aku mencelah-celah mencari ruang untuk menyelit. Bila ada orang keluar sahaja, cepat-cepat aku masuk ambil line. Kalau orang Cina pun suka, memang bisnes dah bagus. Memang laku daaa. Entah apa yang sedap aku pun tidak tahu, walhal sebelum ini aku tidaklah berapa minat, tapi makan sekali itulah nak lagi. Tapi nasi lemak kukus ini tak berkerak dan nampak cantik. Sambal dia memang pedas meletup-letup hingga kadang-kadang makan terjelir lidah kepanasan. Memang guna pure cili kering. Masa makan itu kena sediakan air berbotol-botol sebab memang gerenti pedas. Harga pula memanglah mahal tak kiralah lauk apa. Tapi berbaloilah dengan nasi yang banyak dan sambal yang berapi tu. Tambahan masih lagi panas-panas. Di bulan puasa ini, aku sudah macam sudah terkena candu, tercari-cari tapi orang yang jual tu tidak berjualan. Frust betul. Tak dapat pula macam terkenang-kenang aja, air liuh macam meleleh-leleh aja hahahaha...memang sah terkena candu nih. Tapi kalau sudah makan sebungkus tu...fulamak...kenyang betul..sampai tak larat nak bangun, terus sahaja menjadi ular sawa.
Subscribe to:
Posts (Atom)