Thursday, 17 May 2012

Cuti-Cuti

Selalunya cuti tidak perlu untuk merancang. Kalau dirancang selalu tak menjadi. Jadi biarkanlah sahaja. Selalu apabila pakcik gemuk saya dari JB turun ke KL menghabiskan cuti berziarah, barulah akan timbul program-program tertentu. Untuk tidak menyusahkan, pakcik saya selalunya akan menginap di hotel terdekat bersama familinya atau berhampiran pusat membeli belah. Saya masih ingat lagi dua tahun lepas dia mengajak famili saya sama bermalam hujung minggu di pusat membeli belah KL Plaza Suite apartment 3 bilik di Jalan Bukit Bintang. Bukan murah sewanya semalam aja RM600. Dari atas apartment dapatlah saya melihat pemandangan-pemandangan di sekitar-sekitar dan di lorong-lorong belakang. Tak pernah membayangkan dapat tinggal di tengah2 ceruk kota raya, kira rezekilah ini.


Tetapi rasa puashatilah juga sebab dapat turun naik lif tengah2 malam meronda di Jalan Bukit Bintang menikmati keindahan malam serta melihat-lihat aktiviti orang. Aktiviti mereka berjalan hingga ke pagi. Tetapi yang saya notice banyak restoran-restoran arab di sepanjang jalan ini. Sesekali terhibur juga melihat-lihat Pavilion yang disinari cahaya, masa tu time nak Krismas, dengan pokok Krismas setinggi bangunan, tengok orang muda bershuffle, tengok orang emas, tengok orang melukis tengah-tengah malam dll.

Kerjanya mudah hanya kenakan RM2 untuk ambil gmbr dgn meka. Tetapi tak tahulah ada lagi ke tak.








No comments:

Post a Comment

Like