![]() |
Gambar hiasan aje |
Kalu mak ngah ada, kenalah tahan-tahan sikit telinga, kadang-kadang terasa macam nak sumbat kapas. Yalah, kami tidak biasa dengan keadaan itu. Suara mak ngah boleh bergegar satu rumah. Agaknya boleh kedengaran sampai rumah yang hujung nun. Kalu ada makngah, mak ngah akan takeover dapur, semuanya dia mengemas, dari atas sampai ke bawah. Sampai barang yang dah biasa letak sudah beralih-alih, bila nak cari balik kat manalah barang tu. Bila mak ngah sudah takeover dapur bermakna mak ngahlah chef untuk seminggu. Sorang pun malas nak masuk dapur. Its yours Mak Ngah, what you want to do, can cook what ever you want. Yang bagusnya selalu aja ada makanan siap terhidang atas meja. Pagi-pagi lagi mak ngah dah lentang lentung kat dapur wat sarapan. Adus nak tido pun tak boleh. Terpaksalah lari nek atas. Tengok-tengok dah siap nasi lemak, wah, bestnya. Kadang2 da stress sgt, mak ngah masak banyak-banyak tak terasa lapar pulak, terasa kenyang sentiasa, buka tudung saji pun amik bau sahaja. Kadang-kadang makan pun sebab terpaksa nak amik hati mak ngah, tetapi makanan yang ditelan bagai dipaksa-paksa.
Kalu mak ngah bagi command, sume orang cabut naik atas. Commandnya yang biasa didengar ialah "DERAS, DERAS".Tidor pun macam tidor-tidur ayam. Jika kita jalan pelan2 pun dia bole dengar. Bila nak baring sekejap mak ngah kata 'NAK TERBONGKANG AJA". Perkataan 'TERBONGKANG DAN DERAS2X mmg sinonim ngan mak ngah. Kalu mak ngah keluarkan lasernya, sume orang cabut naik atas, bukan apa, malas nak dengar pok pek. Tinggallah mak ngah sorang-sorang di bawah. Mana taknya baru nak terlelap, dengar mak ngah bagi command. Bunyi kereta lalu di sangkanya ada orang nak datang. Asik terkejut aja. Bunyi kereta asik diingat Cik Baby aje. Belum lagi dengar bunyi pintu pagar orang sebelah, di sangkanya ada orang datang rumah. Ya lah, dia dok terkejut aje ngan bunyi2an itu. Penatlah nak explain. Kalu macam mamai aje, mak ngah akan sergah "kau ni ATen, berangan jer". Dia sebut nama aku "ATEN"...HEHEHE. Baru nak tido tdengar suara mak ngah tak jadi nak tido..akhirnya stress jadinya.
Kalu mak ngah ada..mama aku dah cabut awal2 pegi kerja sebelum 6.30 pagi. Bukannya apa letih dengar suara mak ngah pok pek, pok pek di awal pagi. "Cepatlah pegi kerja, dah lambat nie, deras, deras". Rasanya macam mak2 pulak. Tengok jam baru 6.15 pagi. Alahai, gelap lagi, lagi pula time cuti sekolah mana jalan jam. Kurang-kurang 20 minit dah sampai pejabat. Sebelum mak ngah ulang2 mama cepat2 cabut dalam gelap tuh. Mama saya bilang adik beradiknya selalu mengganggap dia seperti umur belasan atau 20an saja.
Tapi mak ngah tak kedekut..ada saja dia nak belanja..sampai stok barang kat rumah pun penuh balik. Kurang2 mak ngah bole la anggap rumah aku rumah dia jugak...hehehe. Tak kisahlah asal dia happy. Bila free time bawalah dia jalan-jalan, pergi mengetih ke, cuci mata ke. Tapi bila mak ngah nak balik rumahnya rasa sedihlah pulak. Tetapi selepas itu ok balik. Kita orang rasa dapat life balik semula, mama dapat dapur dia balik, perut pula terasa lapar, makan apa yang mama masak balik terasa happy, dapat melepak2 di ruang tamu tanpa gangguan, dapat bercerita-cerita & bergurau-gurau balik, dapat bergolek-golek, yang penting terasa mengantuknya macam setahun tak tidor.
No comments:
Post a Comment