Wednesday, 23 May 2012

Cerita TunTeja dan Hang Tuah

Mcmana pulak boleh teringat kat Tun Teja. Pada zaman kesultanan Melaka dahulu, Tun Teja amat digilai oleh Sultan Melaka. Hang Tuah pula disuruh kidnap Tun Teja ke Melaka.

Nak karang crita ni kena bayangkan rupa org2 tu dulu. Tun Teja mestilah cantikkan. Kecantikkan dia mesti mcm org zaman dulu2. Oklah  bayangkan Sarimah masa muda2  jd Tun Teja. Fuh! Cantiklah kan? Atau nak mix bayangkan Elizabeth Taylor masa muda2. Hang Tuah pulak mestilah cam M.Nasir. Pengacau2 & koncu2 yg selalu kacau Hang Tuah mestilah mcm Pendekar Mustar Bin Ladong. Oh ya jgn lupa Laksamana Sunan, watak dr novel, kawan baik Hang Tuah.Mestilah Sunan tu mcm Adi Putra. Tapi cerita dia takde dalam sejarah. Sultan Melaka yg. bengis and kasanova tu pulak macam Adlin Aman Ramlee. 


Persoalannya, mcmana Sultan Melaka tahu kecantikan Tun Teja? Sebelum tahun 1511 masa itu masih hutan belantara. Sistem komunikasi apa mereka pakai ya? Dah tentu wireless. Guna burung bawak surat kot. Tak logik pulak. Kalau guna burung,mesti burung Rajawali. Baru ada klas. Bulu dia berwarna warni dan cantik. Dia lah Raja segala burung, bukan Raja Kertas. 



Hebat juga Hang Tuah melarikan Tun Teja tgh malam ke Melaka menaiki  perahu ek.  Naik kereta  pun berjam2 dari Pahang ke Melaka, ini kan pula naik perahu. Agak2nya berapa purnama. Perahu dia ada enjin ke? Sungai  apa yg dia guna tu? Sungai Pahang ke Sungai Melaka? Aku rasa takkan dia guna perahu papan  yang mudah terbalik tu, manalah taw kat Sungai Pahang tu dulu2 ada buaya2 ganas. Ikan kat sungai tu mesti besar2. Skrg nie species kecik aje. Mestilah mereka guna perahu ala2 Titanic. Sultan Melaka kan kaya, takkan  nak sponsor perahu yg cekai2. Sepanjang perjalanan Hang Tuah tentulah nyanyi lagu ala2 Titanic ngan Tun Teja sambil depang2 tangan begitu di hujung perahu.  Tun Teja mesti teruja ngan Hang Tuah akhirnya tapi dah kena tipu pulak. Laksamana Melayu Melaka tbilang sapalah yang tak terpikat. Semasa  nak melarikan Tun Teja, Hang Tuah menipu Tun Teja yang membuat Tun Teja mengikut Hang Tuah. Hish3x. Pasal Sultan Melaka tu tak naklah diulas nnt kena daulat pulak.

Hah, banyak persoalan tak terungkai.  Makin dipikir makin sakit kepala. Cerita org dulu2 tak dapat difikir kecanggihannnya pada zaman skrg. Bila difikirkan mereka pun moden jugak.

Maaf ya Hang Tuah &Tun Teja kerana merealisasikan cerita ini. Harap2 tuan hamba berdua tak murka dan menjelma dalam mimpu hamba malam2 kerana menyebut2  di sini.




* macam nie boleh buat full skrip movie

No comments:

Post a Comment

Like