Saturday, 13 August 2011

Pagi yang Indah

Pagi yg indah tu mcm mane bagi kowg ?
Aku dengan sendiri, tak perlu org tolong bangunkan, yeah!




Hayatilah sajak pada pagi ini :

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa~
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta~
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara~
Jika hari ini seorang ulama yang mulia~
Jika hari ini seorang peguam menang bicara~
Jika hari ini seorang penulis terkemuka~
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa~
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa~
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca~

oleh Datuk Usman Awang






Wanita Melayu Terakhir

Adakah lagi wanita melayu terakhir kat dunia ini? Aku pun tidak tahu. Adakah di masa hadapan ini akan muncul wanita melayu terakhir? Siapakah wanita melayu terakhir yang hidup di dunia ini? Nobody knows. Dalam mencari-cari jawapan, aku terjumpa seorang blogger menamakan Dr Wan Azizah sebagai wanita melayu terakhir masa kini......haha itu persepsi masing-masinglah.


Di Mana Mau Shopping Ya?

Bila sebut tentang shopping, rata-rata kaum wanitalah yang paling suka aktiviti ni. Satu aktiviti yang boleh dilakukan secara berkumpulan atau berseorangan...pilih jer mana shopping complex yang berkenan dihati.

Bagi kaum lelaki beranggapan aktiviti shopping ni sebagai memenatkan jer. Membuang masa, dan lebihnya membuang duit tak tentu hala.Tapi inilah syurga wanita. Kadang-kadang setakat WINDOW SHOPPING jer saja ala jalan-jalan cuci mata..hehehe .
 
Bagi golongan wanita yang terlalu kaya
Bagi mereka yang terlalu kaya (ha.. ni biasanya Mak2 Datin - dah tak tahu mana nak letak duit nih...tentunya shopping di luar negara itulah destinasi utama mereka, Boleh pergi ke Paris, London, Tokyo, Hong Kong, Dubai. Apa class setakat shopping di dalam negara. Paling koman pun mungkin ker Vietnam. Balik bershopping ha..berbeg-beg boleh bukak kedai la pulak, ngan kasut, handbag, baju, perfume ..hmm bukan jenama cap ayam ma…tentunya jenama terkenal. Keluar dari shopping complex haa..tu dia driver dah siap menunggu. Hmm ada class dan tentunya ada style.


Bagi golongan wanita yang kaya
Shopping, tentunya hanya memilih tempat-tempat yang special/privacy, shopping complex yang banyak menawarkan barangan luar negara seperti di KLCC, Isetan, SOGO, KL Time Square, Mid Valley, Alamanda. Mak ai …boleh tahan juga harga barang disini. Ada juga pergi luar negara tapi destinasi seperti Singapore, Indonesia, Vietnam, Bangkok, China dan Filipina.



Bagi wanita yang sederhana


Tak kiralah mana-mana shopping complex. Janji ada barang-barang yang nak dicari berkualiti juga dan yang dekat dengan tempat tinggal. Tak kisahlah Tesco ker, Giant, Jaya Jusco dan Nilai 3.




Bagi mereka yang kurang kemampuan.


Kat pasar malam pun jadi ataupun beli barang-barang keperluan dari kedai harian walaupun harga di kedai lebih mahal daripada di pasar raya. Tak kisahlah beb! Asalkan dapat beli sedikit sedikit ikut kemampuan. Kita juga biasa tengok Pakistani menjual dari rumah ke rumah, jual karpet, jual kain, tikar dan macam-macam lagi. Apa pun bole la asal suka!




Hmm tu la dia.. tepuk dada tanya selera. Kat mana kita nak shopping nih..

Like