Semasa kecil dahulu, ayahku sering membawaku ke Pasar Karat yang terletak di Jalan Petaling @ lebih dikenali sebagai Petaling Street. Tetapi sekarang aku tidak tahu ada lagi ke tidak sebab aku tidak pernah menjejak lagi kaki aku ke sana lagi. Pasar Karat ini beroperasi dari awal pagi jam 5.30 pagi hingga ke 8.00 pagi. Selalunya selepas subuh, kami akan ke sana meninjau barangan yang dijual di lorong-lorong belakang kedai. Penjual kebanyakan local people sahaja. Macam adventure jalan ke sana awal pagi dengan suasana gelap dan mengguna torch-light. Ada pelbagai barangan second-hand, antic, barangan “toileteries” dijual dengan harga yang murah. Nak tawar lagi pun boleh. Ada barangan yang datang terus dari kilang. Tapi selalunya kami hanya meninjau-ninjau sahaja dan membeli beberapa barangan antik menarik. Selepas jam 8 pagi tamat sebab lorong itu dibuka untuk kenderaan.
Dahulu nak berjalan-jalan di kotaraya KL ini seronoknya, anytime, semuanya aman dan selamat. Tetapi itu dahulu, sebelum kebanjiran pendatang asing. Sekarang nak pergi ke mana-mana pun kena fikir 2 kali!! Arghh!! Lemas tak tahu nak pergi mana kat KL ini.