Bulan puasa terkenal dengan bubur lambuk. Selalunya berduyun-duyun orang ke Masjid atau Surau untuk mengambil bubur lambuk buat hidangan berbuka puasa. Tetapi kini bubur lambuk boleh didapati di mana-mana sahaja, ada yang free dan ada juga yang dikenakan bayaran minimum. Tetapi selalunya bubur lambuk ini orang buat sedekah sahaja. Rasanya memang sedap dan ada berbagai-bagai ramuan di dalamnya seperti ayam atau daging.
Bercakap mengenai bubur lambuk, di tempatku tinggal beberapa tahun sudah ada juga bubur lambuk yang disediakan oleh sebuah parti politik. Ia diberikan secara percuma kepada semua orang tak kira siapa. Tetapi di plastik pembungkus siap tertera dengan lambang parti. Haha.. tak taulah samada orang dari parti politik lain sanggup nak makan bubur lambuk tersebut. Tetapi bila bab makanan takkan nak mengira parti politik kot.
Pada tahun lepas seorang Chef terkenal, Chef Yxxx (tak elok disebut namanya) memasak bubur lambuk dan diagihkan kepada orang ramai di hadapan Kompleks Pertama. Dua periuk besar digunakan dan bubur diletakkan dalam mangkuk plastik. Kami juga beratur panjang tidak melepaskan peluang mengambilnya. Memandangkan nampak macam sedap aja, sikap tamak pun datang. Tak cukup dengan dua, ambil lagi beberapa ekstra bekas. Bila masa berbuka puasa, tak sabar-sabar nak makan. Baunya memang menyelerakan. Tetapi bila dah masuk tekak, alamak macam nak terkeluar balik. Sebab apa? Masinnyerr...tak lalu nak makan. Akhirnya letak tepi sahaja. Agaknya bagaimana reaksi orang lain pula ya pada hari tersebut. Jangan kutuk2 Chef tu sudahlah, kesian dier, ya lah bulan puasa kita fahamlah macamana nak rasa makanan, nak letak terlebih garam atau tidak.
Baru-baru ini aku mencuba bubur lambuk yang didapati dari sebuah taman perumahan. Nampak macam best aja tapi bila makan hampeh pulak. Tawarrrr. Pun mengurangkan selera jugak. Jadi bukan senanglah nak buat bubur lambuk dalam kawah besar-besar ni ya. Terlebih garam pun nanti masin. Kalau tawar pun tak sedap. Kalau orang yang dah pandai tu memang salute lah!
No comments:
Post a Comment