Ermmm..dah lama aku tak update blog ni. Cuma-cuma baru ini aku ditegur oleh seorang reader yang blog aku dah outdated, barulah aku teringat. Elok jugalah tu, bila aku sudah boring berFB, bolehlah aku bertukar ke blog pula.Hahaha...aku tak maulah dikatakan seperti peribahasa "hangat-hangat tahi ayam ajer". Masa mula-mula aje berkobar-kobar tapi last-last hampeh.
Sebenarnya aku belum pun launch blog aku ini. Aku cuma buat trial ke atas beberapa orang sahaja. Tetapi memandangkan mereka ini terdiri daripada orang-orang dewasa amat payahlah sikit. Sebab mereka nak compare blog aku dengan blok-blok politik atau pun blog-blog agama agar memberi kesedaran pada orang. Mmmm...kesedaran apa aku nak bagi ya walhal aku pun masih belum sedar diri lagi. Nak cakap macam Ustazah pun tak layak.
Memandangkan masih hijau lagi jadi eloklah bercerita yang santai atau ringkas-ringkas sahaja. Sebenarnya pun masih dalam proses pembelajaran cara nak nak edit blog ini. Hopefully this blog akan terus berkembang. Well you readers out there, please give us your support and please join us as followers ok. Thks!
No comments:
Post a Comment