![]() |
Gambar ini hiasan sahaja. Bukan ygn real punya |
Setiap hari Rabu di tempatku ada pasar malam. Setiap minggu itulah aku akan mencari nasi lemak kukus. Aku pun tidak tahu kenapalah aku sanggup beratur dan menunggu giliran dengan sabarnya untuk membeli. Memang gerai itu selalu sahaja penuh terutama sekali dengan kaum Cina. Wah mereka sudah awal2 berkerumun di situ. Kadang-kadang membeli sampai berbungkus-bungkus. Di celah-celah keramaian itu, terpaksalah aku mencelah-celah mencari ruang untuk menyelit. Bila ada orang keluar sahaja, cepat-cepat aku masuk ambil line. Kalau orang Cina pun suka, memang bisnes dah bagus. Memang laku daaa. Entah apa yang sedap aku pun tidak tahu, walhal sebelum ini aku tidaklah berapa minat, tapi makan sekali itulah nak lagi. Tapi nasi lemak kukus ini tak berkerak dan nampak cantik. Sambal dia memang pedas meletup-letup hingga kadang-kadang makan terjelir lidah kepanasan. Memang guna pure cili kering. Masa makan itu kena sediakan air berbotol-botol sebab memang gerenti pedas. Harga pula memanglah mahal tak kiralah lauk apa. Tapi berbaloilah dengan nasi yang banyak dan sambal yang berapi tu. Tambahan masih lagi panas-panas. Di bulan puasa ini, aku sudah macam sudah terkena candu, tercari-cari tapi orang yang jual tu tidak berjualan. Frust betul. Tak dapat pula macam terkenang-kenang aja, air liuh macam meleleh-leleh aja hahahaha...memang sah terkena candu nih. Tapi kalau sudah makan sebungkus tu...fulamak...kenyang betul..sampai tak larat nak bangun, terus sahaja menjadi ular sawa.
No comments:
Post a Comment