Tak terlambat aku nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua. Sama-samalah kita menjalani ibadah ini dan semuga mendapat keberkatan.
Oh ya, bercakap pasal puasa, pada tahun 2000, kita berpuasa pada bulan Disember dan berhariraya pada bulan Januari, aneh kan, berkembar pula dengan CNY. Kenapa aku teringat pada tahun 2000. Yalah, mak aku bercerita sebab pada tahun itu pada bulan Disember adikku dilahirkan. Kebetulan pula pada bulan puasa. Oleh kerana doktor-doktor di klinik itu sedang berpuasa, jadi mereka cadang mak aku melahirkan selepas berbuka puasa. Memandangkan tidak desperate sangat masih boleh disetkan masa untuk melahirkan. Hahaha........selepas doktor dan jururawat selesai berbuka puasa, barulah mereka datang balik dan tepat jam 8.30 malam barulah adikku lahir. Patutnya dia tu dinamakan Muhammad Ramadan atau Muhammad Puasa @ Muhammad Sahur pun boleh. Kebetulan kawan adikku lahir pada Hari Raya, jadi nama dia ialah Aidil Fitri. Hahaha......sesuatu yang menarik untuk dikenangi pada bulan puasa.


No comments:
Post a Comment