Saturday, 13 August 2011

Pagi yang Indah

Pagi yg indah tu mcm mane bagi kowg ?
Aku dengan sendiri, tak perlu org tolong bangunkan, yeah!




Hayatilah sajak pada pagi ini :

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa~
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta~
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara~
Jika hari ini seorang ulama yang mulia~
Jika hari ini seorang peguam menang bicara~
Jika hari ini seorang penulis terkemuka~
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa~
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa~
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca~

oleh Datuk Usman Awang






Wanita Melayu Terakhir

Adakah lagi wanita melayu terakhir kat dunia ini? Aku pun tidak tahu. Adakah di masa hadapan ini akan muncul wanita melayu terakhir? Siapakah wanita melayu terakhir yang hidup di dunia ini? Nobody knows. Dalam mencari-cari jawapan, aku terjumpa seorang blogger menamakan Dr Wan Azizah sebagai wanita melayu terakhir masa kini......haha itu persepsi masing-masinglah.


Di Mana Mau Shopping Ya?

Bila sebut tentang shopping, rata-rata kaum wanitalah yang paling suka aktiviti ni. Satu aktiviti yang boleh dilakukan secara berkumpulan atau berseorangan...pilih jer mana shopping complex yang berkenan dihati.

Bagi kaum lelaki beranggapan aktiviti shopping ni sebagai memenatkan jer. Membuang masa, dan lebihnya membuang duit tak tentu hala.Tapi inilah syurga wanita. Kadang-kadang setakat WINDOW SHOPPING jer saja ala jalan-jalan cuci mata..hehehe .
 
Bagi golongan wanita yang terlalu kaya
Bagi mereka yang terlalu kaya (ha.. ni biasanya Mak2 Datin - dah tak tahu mana nak letak duit nih...tentunya shopping di luar negara itulah destinasi utama mereka, Boleh pergi ke Paris, London, Tokyo, Hong Kong, Dubai. Apa class setakat shopping di dalam negara. Paling koman pun mungkin ker Vietnam. Balik bershopping ha..berbeg-beg boleh bukak kedai la pulak, ngan kasut, handbag, baju, perfume ..hmm bukan jenama cap ayam ma…tentunya jenama terkenal. Keluar dari shopping complex haa..tu dia driver dah siap menunggu. Hmm ada class dan tentunya ada style.


Bagi golongan wanita yang kaya
Shopping, tentunya hanya memilih tempat-tempat yang special/privacy, shopping complex yang banyak menawarkan barangan luar negara seperti di KLCC, Isetan, SOGO, KL Time Square, Mid Valley, Alamanda. Mak ai …boleh tahan juga harga barang disini. Ada juga pergi luar negara tapi destinasi seperti Singapore, Indonesia, Vietnam, Bangkok, China dan Filipina.



Bagi wanita yang sederhana


Tak kiralah mana-mana shopping complex. Janji ada barang-barang yang nak dicari berkualiti juga dan yang dekat dengan tempat tinggal. Tak kisahlah Tesco ker, Giant, Jaya Jusco dan Nilai 3.




Bagi mereka yang kurang kemampuan.


Kat pasar malam pun jadi ataupun beli barang-barang keperluan dari kedai harian walaupun harga di kedai lebih mahal daripada di pasar raya. Tak kisahlah beb! Asalkan dapat beli sedikit sedikit ikut kemampuan. Kita juga biasa tengok Pakistani menjual dari rumah ke rumah, jual karpet, jual kain, tikar dan macam-macam lagi. Apa pun bole la asal suka!




Hmm tu la dia.. tepuk dada tanya selera. Kat mana kita nak shopping nih..

Thursday, 11 August 2011

Penyanyi Legend


Wah, kalau orang tanya aku siapa penyanyi yang aku minati, sudah tentu aku tak tahu siapa. Walaupun sekarang ramai penyanyi-penyanyi baru seperti Stacy, Shahir hehehe...aku juga minat seorang legend nih. Sejak aku dengar VCD konsert pertamanya di Istana Budaya pada tahun 2006, aku pun sudah semakin minat. Tak lain dan tak bukan Jamal Abdillah. Aku layan konsert Jamal kat Istana Budaya ini tak taulah dah berapa puluh kali dah.. especially lagu Mustika Hati, Di Penghujung Rindu dll lagi. Still love to watch this concert... but the important thing.. what a marvelous voice...Jamal adalah penghibur sejati..Ini adalah untuk semua peminat yang menghargai dia sepanjang pembabitan dia dalam industri muzik..Dan inilah hasilnya, persembahan yang sangat menghiburkan! I think suara dia dapat cover semua kisah-kisah hidupnya yang lalu.Aku tak peduli apa yang berlaku dalam hidupnya, aku tetap minat dan memuja suara Jamal...




Nasi Lemak Kukus

Gambar ini hiasan sahaja. Bukan ygn real punya
Setiap hari Rabu di tempatku ada pasar malam. Setiap minggu itulah aku akan mencari nasi lemak kukus. Aku pun tidak tahu kenapalah aku sanggup beratur dan menunggu giliran dengan sabarnya untuk membeli. Memang gerai itu selalu sahaja penuh terutama sekali dengan kaum Cina. Wah mereka sudah awal2 berkerumun di situ. Kadang-kadang membeli sampai berbungkus-bungkus.  Di celah-celah keramaian itu, terpaksalah aku mencelah-celah mencari ruang untuk menyelit. Bila ada orang keluar sahaja, cepat-cepat aku masuk ambil line. Kalau orang Cina pun suka, memang bisnes dah bagus. Memang laku daaa. Entah apa yang sedap aku pun tidak tahu, walhal sebelum ini aku tidaklah berapa minat, tapi makan sekali itulah nak lagi. Tapi nasi lemak kukus ini tak berkerak dan nampak cantik.  Sambal dia memang pedas meletup-letup hingga kadang-kadang makan terjelir lidah kepanasan. Memang guna pure cili kering. Masa makan itu kena sediakan air berbotol-botol sebab memang gerenti pedas. Harga pula memanglah mahal tak kiralah lauk apa. Tapi berbaloilah dengan nasi yang banyak dan sambal yang berapi tu. Tambahan masih lagi panas-panas. Di bulan puasa ini, aku sudah macam sudah terkena candu, tercari-cari tapi orang yang jual tu tidak berjualan. Frust betul. Tak dapat pula macam terkenang-kenang aja, air liuh macam meleleh-leleh aja hahahaha...memang sah terkena candu nih. Tapi kalau sudah makan sebungkus tu...fulamak...kenyang betul..sampai tak larat nak bangun, terus sahaja menjadi ular sawa.







Wednesday, 10 August 2011

Cerita Bubur Lambuk

Bulan puasa terkenal dengan bubur lambuk. Selalunya berduyun-duyun orang ke Masjid atau Surau untuk mengambil bubur lambuk buat hidangan berbuka puasa. Tetapi kini bubur lambuk boleh didapati di mana-mana sahaja, ada yang free dan ada juga yang dikenakan bayaran minimum. Tetapi selalunya bubur lambuk ini orang buat sedekah sahaja. Rasanya memang sedap dan ada berbagai-bagai ramuan di dalamnya seperti ayam atau daging.

Bercakap mengenai bubur lambuk, di tempatku tinggal beberapa tahun sudah ada juga bubur lambuk yang disediakan oleh sebuah parti politik. Ia diberikan secara percuma kepada semua orang tak kira siapa. Tetapi di plastik pembungkus siap tertera dengan lambang parti.  Haha.. tak taulah samada orang dari parti politik lain sanggup nak makan bubur lambuk tersebut. Tetapi bila bab makanan takkan nak mengira parti politik kot. 

Pada tahun lepas seorang Chef terkenal, Chef Yxxx (tak elok disebut namanya) memasak bubur lambuk dan diagihkan kepada orang ramai di hadapan Kompleks Pertama. Dua periuk besar digunakan dan bubur diletakkan dalam mangkuk plastik. Kami juga beratur panjang tidak melepaskan peluang mengambilnya. Memandangkan nampak macam sedap aja, sikap tamak pun datang. Tak cukup dengan dua, ambil lagi beberapa ekstra bekas. Bila masa berbuka puasa, tak sabar-sabar nak makan. Baunya memang menyelerakan. Tetapi bila dah masuk tekak, alamak macam nak terkeluar balik. Sebab apa? Masinnyerr...tak lalu nak makan. Akhirnya letak tepi sahaja. Agaknya bagaimana reaksi orang lain pula ya pada hari tersebut. Jangan kutuk2 Chef tu sudahlah, kesian dier, ya lah bulan puasa kita fahamlah macamana nak rasa makanan, nak letak terlebih garam atau tidak.

Baru-baru ini aku mencuba bubur lambuk yang didapati dari sebuah taman perumahan. Nampak macam best aja tapi bila makan hampeh pulak. Tawarrrr. Pun mengurangkan selera jugak. Jadi bukan senanglah nak buat bubur lambuk dalam kawah besar-besar ni ya. Terlebih garam pun nanti masin. Kalau tawar pun tak sedap. Kalau orang yang dah pandai tu memang salute lah!





Selamat Berpuasa Pada Semua & Kenangan Tahun 2000

Tak terlambat aku nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua. Sama-samalah kita menjalani ibadah ini dan semuga mendapat keberkatan.

Oh ya, bercakap pasal puasa, pada tahun 2000, kita berpuasa pada bulan Disember dan berhariraya pada bulan Januari, aneh kan, berkembar pula dengan CNY. Kenapa aku teringat pada tahun 2000. Yalah, mak aku bercerita sebab pada tahun itu pada bulan Disember adikku dilahirkan. Kebetulan pula pada bulan puasa. Oleh kerana doktor-doktor di klinik itu sedang berpuasa, jadi mereka cadang mak aku melahirkan selepas berbuka puasa. Memandangkan tidak desperate sangat masih boleh disetkan masa untuk melahirkan. Hahaha........selepas doktor dan jururawat selesai berbuka puasa, barulah mereka datang balik dan tepat jam 8.30 malam barulah adikku lahir.  Patutnya dia tu dinamakan Muhammad Ramadan atau Muhammad Puasa @ Muhammad Sahur pun boleh. Kebetulan kawan adikku lahir pada Hari Raya, jadi nama dia ialah Aidil Fitri. Hahaha......sesuatu yang menarik untuk dikenangi pada bulan puasa.


Sajak: Rumah Kita



Masa hadapan tidak dilukis di atas batu
atau terurai daripada serpihan sejarah
yang takdirnya di makan anai-anai
dalam kesenyapan masa
kita yang terlupa menggenggam
segala yang kita miliki.

Hari ini marilah kita bersatu
membina kehidupan di masa hadapan
dengan kekuatan ratusan tentera berkuda
dipacu daripada kewarasan akal
dalam setiap doa ibu-ibu yang melahirkan
bayi-bayi comel, permata bangsa
penuh kasih sayang -
buat esok seterang mentari memancar sinar
mendakap alam yang tenang.

Tuhan tidak mengubah
nasib hambanya yang sentiasa
takut kehilangan tongkat azimat
ini bumi subur milik kita bersama
aman makmur – beluncas pun
mampu menjelmakan rama-rama
lalu hinggap di pohon bunga raya
milik bonda.

Hari ini ayah dan bonda
semakin tua, marilah kita bertatih
menyelusuri segenap pelusuk ilmu
menggeledah dunia siber
menebas lalang-lalang durjana
yang meracuni laman rumah kami
dengan segala ideologi
terlupa mensyukuri kedamaian dan kemakmuran
yang sentiasa terpaku di kerusi empuk
rumah sendiri.

Di rumah kita ini
keteguhan rukun negara
kepercayaan kepada Tuhan yang Esa
membenarkan kami membina bahagia
dengan cara sendiri
di negara berbagai warna
dan isi.

KAMAL SUJAK
SHDL, MMU CYBERJAYA.
28 September 2010
(Berita Harian, Sabtu 26 Disember 2010)

Nota Aku : Rumahku Syurgaku. Tiada tempat yang menarik selain di rumah sendiri. Jadi warnailah rumah kita dengan keceriaan dan kasih sayang. Semuga kasih sayang kita tidak akan luntur seperti garis putih cinta. 

Hi! I'm Back


Ermmm..dah lama aku tak update blog ni. Cuma-cuma baru ini aku ditegur oleh seorang reader yang blog aku dah outdated, barulah aku teringat. Elok jugalah tu, bila aku sudah boring berFB, bolehlah aku bertukar ke blog pula.Hahaha...aku tak maulah dikatakan seperti peribahasa "hangat-hangat tahi ayam ajer". Masa mula-mula aje berkobar-kobar tapi last-last hampeh. 

Sebenarnya aku belum pun launch blog aku ini. Aku cuma buat trial ke atas beberapa orang sahaja. Tetapi memandangkan mereka ini terdiri daripada orang-orang dewasa amat payahlah sikit. Sebab mereka nak compare blog aku dengan blok-blok politik atau pun blog-blog agama agar memberi kesedaran pada orang. Mmmm...kesedaran apa aku nak bagi ya walhal aku pun masih belum sedar diri lagi. Nak cakap macam Ustazah pun tak layak. 

Memandangkan masih hijau lagi jadi eloklah bercerita yang santai atau ringkas-ringkas sahaja. Sebenarnya pun masih dalam proses pembelajaran cara nak nak edit blog ini. Hopefully this blog akan terus berkembang. Well you readers out there, please give us your support and please join us as followers ok. Thks!

Is It Friday Yet?



Wah, korang mesti selalu tertunggu-tunggu hari Jumaat, kan? Sebab selepas Jumaat ialah Sabtu dan Ahad....bestnya weekend lagi.....bolehlah melepak-lepak dan bermalas-malas di rumah.

Laju betul minggu demi minggu berlalu macam tu je...kekadang aku sendiri tak ingat apa yg aku dah buat for that week..sedar2 dah weekend..pastu start monday plak lagi.........dan akan berulang lagi ke minggu2 seterusnya...sedar-sedar nak ke penghujung 2011.

Macam baru je rasa celebrate new year 2011 siap dgn azam baru sume kan..skrg azam ntah ke mana...kekadang teringat gak boleh ke kita slowkan masa ni kejap..letih lah rasa asik terkejar2kan.

Always wish we have more time walaupun sepatutnya masa yg kita ada dah cukup untuk kita mencapai target...apa target aku?..target korang?

Cakap pasal masa, memang lah masa itu emas. Sekali dah ke depan tak boleh ke belakang lagi....jadi hargailah masa itu dengan sebaik-baiknya.

Like