Yeh, aku nak cerita pasal pak aku. Macam-macam gelaran orang bagi kat dia kat komuniti dia nun di sana. Budak-budak kompang sana memanggil dia dengan nama Pak Sheikh. Mentang-mentanglah dia pandai cakap and pandai menghafal sikit-sikit. Ada yang panggil dia Pak Ustaz & Pak Haji hanya kerana dia ke surau memakai ketayap and jubah macam lebai. Walaupun dia belum pergi haji, tak apalah sebab dia Pengerusi Surau walaupun ilmu agama itu tidak setinggi mana. Walaubagaimanapun, sebenarnya dia tidak begitu pun. Dia hanya lelaki biasa sahaja. Jika di luar kawasan dia seperti orang happy go lucky semula. Mengusik-mengusik orang. Kami boleh berjalan-jalan seperti orang biasa. Pak pun tiada bising-bising kami nak berpakaian apa. Orang yang tidak mengenali dia tentulah mengaguminya hanya sebab pandai berkata-kata dan boleh bercakap berjam-jam. Pak sebenarnya orang yang over peramah hingga orang yang tak kenal tetiba je boleh aja menjadi kawan.
Kami sekeluarga pernah mengikut rombongan ke Padang Besar pada suatu ketika dahulu. Ada dua bas dan kami naik bas yang terkemudian di mana orang-orang kurang penting dan popular menaiki bas ini. Kami duduk di seat yang lebih kurang di belakang. Sebelum memulakan perjalanan dia orang meminta seseorang membaca doa selamat. Memandangkan Pak aku memakai songkok aji, ada seorang pemuda menjemput pak aku ngan panggilan "pak ustaz bole baca doa" pak aku setuju saja terus dia ke depan bas dan membaca doa. Hehehe....kami senyum2 aje..sekejap je pak aku da fames. Semasa balik pak aku duduk sebelah driver jadi spotter menemankan driver sambil bersembang2.
Memandangkan Pak aku orang penting di tempatnya, ramailah orang nak mengadu ini itu. Ya lah semua kerja dia nak buat. Macam wakil rakyat pula. Hingga sekuriti di taman perumahan itu pak yang menguruskan. Masa dia sangat occupied dengan kerja, aktiviti surau, masjid, sekuriti, bersembang2 dengan rakan2 dan hal-hal penubuhan parti politik baru di tempatnya. Dalam pada itu ada juga orang-orang yang tidak berpuas hati dan berebut-rebut kuasa atau jawatan. Part-part aduan tu pula pak akan mengadu kepada mama tentang orang ini, orang itu. Hingga masalah sekuriti pun nak mengadu kepada mama. Pening mama nak mendengarnya. Bukan dia kenal pun sapa2 yang pak maksudkan. Hanya nak kerana tolong dengar sahaja. Jika ada kertas kerja mahu dibuat atau cadangan atau bantuan kewangan surau/masjid atau info diperlukan, mamalah yang akan jadi sekretarinya. Membuat-buat surat atau proposal atau mencari-cari info memang kerja mama. Kekadang mama mengeluh ayah suruh buat ini dan itu masa waktu pejabat dan pada masa yang sama mama pun nak buat kerja juga. Tetapi kerana nak tolong, mama tolong jugalah ayah apa yang dipinta untuk difaks atau diemail.
Tapi walaupun begitu kami tetap menghormati ayah. Jika ke tempatnya selalunya kami berpakaian ikut "dress code" yang sesuai.

![]() | |
Bole agak yg mana satu? mesti lar yg terbesar tu lah |
No comments:
Post a Comment