Ada orang kata, 'hanya jauhari yang mengenal manikam'.........kenapa nak kenal manikam???
Dalam
kamus Jauhari membawa makna Pakar/Tukang Permata sementara Manikam (diambil daripada bahasa
Tamil) pula membawa makna Batu Permata.
Jadi, peribahasa HANYA JAUHARI SAJA YANG MENGENAL MANIKAM membawa makna lebih kurang begini: Hanya mereka yang arif dan pakar saja yang mengetahui akan pekerjaan yang mereka lakukan dalam bidang masing-masing.
Jadi, peribahasa HANYA JAUHARI SAJA YANG MENGENAL MANIKAM membawa makna lebih kurang begini: Hanya mereka yang arif dan pakar saja yang mengetahui akan pekerjaan yang mereka lakukan dalam bidang masing-masing.
Bagaimana kita hendak mengenal yang mana satu intan yang
mana satu kaca. Dari jauh kelihatannya sama. Malah ada kalanya, kaca itu
lebih berkilau dan bersinar dari intan. Dalam hal ini, hanya jauhari
yang mengenal manikam. Hanya orang yang ada ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan perkara tersebut akan mengetahuinya. Dan orang-orang
inilah yang dapat membuat penilaian tentang ketulenan sesuatu permata
itu. Mereka arif menilai dan sentiasa memerhatikan gerak laku si empunya diri yang sedang diperhati.
Jadi untuk mengelakkan diri dari ‘diperhati’ beberapa langkah drastik
harus di ambil supaya mengelakkan mala petaka di kemudian hari.
Antaranya ialah dinyahkan segala ‘Jauhari’ ini jauh-jauh atau direhatkan mereka
Dalam menganalisa kecantikan juga ada ke timbul jauhari itu? Tetapi
pada aku jauhari itu belum cukup jauhari lagi. Seperti yang mama aku
bilang untuk mengetahui seseorang itu cantik/hensem atau tidak, mula-mula tengok
hidung dia dahulu, kalau hidung mancung memang sah cantik selepas itu
lihatlah lain-lain pulak matanya, bibirnya, raut wajahnya, kulitnya,
rambutnya, susuk tubuhnya samada tinggi lampai atau tidak dan selepas
itu tengok ada tambahan ekstra seperti lesung pipit atau tahi lalat.
Seperti yang aku katakan aku bukanlah manikam itu, orang yang lihat itu mungkin salah pandang. Mamaku kata aku ada mata seperti Pak aku yang bila direnung mata itu akan menyampahkan. Hahaha...ntahlah......
No comments:
Post a Comment