Thursday, 14 July 2011

Makan tanah untuk hidup??

I came across this article in the Sun newspaper. Ia menyatakan telah ada kajian menunjukkan bahawa tabiat memakan tanah mungkin salah satu cara melindungi perut daripada toksin, parasit dan pathogen. Terdapat satu kepercayaan bahawa tanah dan "clay" berupaya menyerap toxin yang merbahaya dan peranan sebagai pelindung daripada "pathogens" (maaf saya belum dapat mencari maknanya, mungkin sejenis kuman). Menurut sumber tersebut, memandangkan tanah itu biasanya diambil jauh ke bawah dasar, ia selalunya dimasak sebelum dimakan, tanah yang dimakan itu akan berperanan sebagai "antodite" kepada parasit.

Negara yang mempunyai ekonomi termiskin seperti Haiti, rakyatnya hidup dengan memakan tanah. Mereka memasak tanah untuk dibuat "bonbons de terre", cookies atau pancake. Tentunya agaknya sedap membuat kuih daripada tanah disamping itu menjimatkan. Ialah apa lagi untuk dimakan kecuali tanah. Hanya korek tanah, masak, buatlah kuihke gulai dan makan.Kalau sudah biasa tak apalah kan? Cuma satu sahaja, apa akan terjadi dengan negara tersebut akan datang, jika semua tanah telah dikorek untuk dimakan, apa yang tinggal? 

Hello ! Hello! (suara awet muda)

seringnya orang yang telefon ke rumah  kami akan sering terkeliru dengan orang yang menjawab telefon itu. Sebab apa? Mereka tidak dapat membezakan antara suara mak dengan anak. Bukan sahaja orang yang yang telefon sering tersilap, even our father pun masih tidak dapat membezakan antara suara mak dengan suara anak. Nak cakap dengan mak tercakap dengan anak, sudah separuh jalan baru tersedar, begitulah sebaliknya. Haahaa..our cousin sister yang sering call pun sering tersasar, bercakap dengan orang yang salah. Tetapi kali ini dia sudah pandai, sebelum dia cakap, dia akan bertanya ini maknya atau anaknya. Hahaha..so confusing bukan.

Kelmarin ada orang dari pusat tusiyen call, dia ingat ini anaknya sampai berbuih-buih dia bercakap pasal tuisyen only to be told at the end "sorry, I'm the motherlah". Hahaha, the tuition guy just laughed away. But the best interesting part when my mother nak renew license, she called up an renewal agency. Got one chinese guy yang angkat call tu komen when my mother nak renew license " you sudah cukup umur ka?" Ngeee....so digusting!


Peristiwa Makan Pizza Yang Tidak Dapat Dilupakan

Selepas temasya sukan sekolah dahulu, saya dan adik saya membawa balik satu medal untuk mama. Kami menyuruh mama belanja kami makan pizza. Memang dah lama teringin nak makan pizza nih. Nasib baik ada peluang nak makan. Selepas mama bersetuju, keesokkannya hari Isnin sebelah petang kami pergilah ke restoran pizza yang berdekatan rumah kami.

Setiba di restoran pizza, hanya ada 2 customer aja yang ada di situ. Suasana lengang, maklumkan hari bekerja. Kami berempat pun memilih tempat duduk yang jenis sofa. Tunggu punya tunggu, tiada sesiapa yang datang ambil order. Hai, lamanya, takkan tak nampak kome yang duduk sini. Saya pun melambai-lambai kepada seorang crew yang duduk di kaunter. Si waiter pun bergegas datang mengambil order kami. Selesai kami order semuanya, si waiter masih blur dengan pesanan kami. Dia menggaru2 kepala. Jadi dia menanya kami semula. Kali ini kami bercakap satu-satu pesanan padanya sambil menunjuk gambar seperti di dalam brochure. Selepas itu, still dia blur, tanya lagi. Hai, nasib baik kami ini baik hati terang satu persatu. Selepas dia mengambil pesanan kami, kami lihat dia menanya kawan dia di kaunter, agaknya masih blur lagi.


Selepas pesanan kami sampai, dia cuma letak sahaja. Mana pinggan, sudu dan garfunya. Arh, takpalah, self service, terpaksalah kami bangun dan cari sendiri. Ada pinggan, sudu dan garfu yang kami "curi" dari meja lain. Hehehe macam penyamun. Macam restoran sendiri, berlegar2 sementara order tiba.

Masa menunggu order kami sampai pun lama jugak. Walhal bukan ramai orang di restoran itu, boleh dibilang kepala sahaja. Kepala kami empat campur lagi dua orang. Takpa, sabar sahaja. Selepas itu Supervisor mereka pula masuk kerja.  Ada seorang crew yang macam rabun sikit, tengok orang sampai mata kecik2. Saya hanya meluruskan tangan saya, dia ingat saya panggil dia. Selepas itu dia suruh Supervisor datang tanya. "ya, ada ape cik?" Kami cakap tak panggil pun. Hahaha.... Kami order roti garlic, dapatnya roti mentega, tak ke haru hahaaa.....makan ajelah, dah tahu dah mesti waiter yang blur tu salah tulis.


Bila part nak bayar, pergilah ke kaunter hadapan. Cashier tunjukkan bil. Dalam bil tu tulis '7-up for 2= RM4'. Hahaha..bila masa pula minum 7- up. Semua orang minum ais blended yang harga pun dah mahal. Lagi pula catat minum 2 orang aja. Tak nampakke 4 kepala yang makan tadi. Mama saya cuba betulkan tentang minuman itu tetapi cashier kat kaunter tu pun sama blur aja. Supervisor pula tak nampak tak kisah. Last-last kami bayarlah sahaja apa yang tertera di bil. Bukan salah kami ya. Dalam perjalanan pulang kami gelak sahaja dengan peristiwa itu. Apa apa pun resit ini disimpan sebagai kenang-kenangan. Once in a life time aja.


Monday, 11 July 2011

Pasar Karat

Semasa kecil dahulu, ayahku sering membawaku ke Pasar Karat yang terletak di Jalan Petaling @ lebih dikenali sebagai Petaling Street. Tetapi sekarang aku tidak tahu ada lagi ke tidak sebab aku tidak pernah menjejak lagi kaki aku ke sana lagi. Pasar Karat ini beroperasi dari awal pagi jam 5.30 pagi hingga ke 8.00 pagi. Selalunya selepas subuh, kami akan ke sana meninjau barangan yang dijual di lorong-lorong belakang kedai. Penjual kebanyakan local people sahaja. Macam adventure jalan ke sana awal pagi dengan suasana gelap dan mengguna torch-light. Ada pelbagai barangan second-hand, antic, barangan “toileteries” dijual dengan harga yang murah. Nak tawar lagi pun boleh. Ada barangan yang datang terus dari kilang. Tapi selalunya kami hanya meninjau-ninjau sahaja dan membeli beberapa barangan antik menarik. Selepas jam 8 pagi tamat sebab lorong itu dibuka untuk kenderaan. 


Dahulu nak berjalan-jalan di kotaraya KL ini seronoknya, anytime, semuanya aman dan selamat. Tetapi itu dahulu, sebelum kebanjiran pendatang asing. Sekarang nak pergi ke mana-mana pun kena fikir 2 kali!! Arghh!! Lemas tak tahu nak pergi mana kat KL ini.

Prakata

Alhamdulillah.  

Akhirnya berjaya juga membina blog sendiri setelah tertangguh begitu lama. Ya dengan blog ini bolehlah kami bercerita dengan bebasnya. Cerita-cerita santai sahaja. Bebas dari cerita politik dan ekonomi yang membosankan.  Berharap semua pembaca akan enjoy reading apa jua story di dalam ini. Kalau anda enjoy atau tidak enjoy silalah bermurah hati memberikan komen anda ya!! Oh ya, ayat-ayat yang digunakan kadang-kadang panjang tidak tahu hendak letak noktah di mana. Cerita yang panjang kan seronok, memberi kepuasan dan kami jamin cerita-cerita kami fresh from the oven. Kalau ada kami tiru sikit-sikit itu biasalah...hanya sebagai bahan rujukan sahaja. Kami juga suka menulis dan menulis, tak dapat jadi penulis novel dapat jadi blogger jadiklah. Bolehlah cari makan juga ek.

Live not to hate, but to Love.

Peace & Love, No War

No to Haters, Just Love
The love and Hate Quotes:-












Henry Wadsworth Longfellow
There's nothing in this world so sweet as love. And next to love the sweetest thing is hate.

Bob Dylan
I met a young man who was wounded in love, I met another man who was wounded in hatred.


Mark Overby
Love is much like a wild rose, beautiful and calm, but willing to draw blood in its defense.


Mignon McLaughlin
Hate leaves ugly scars; love leaves beautiful ones.


Hermann Hesse
Often it is the most deserving people who cannot help loving those who destroy them.


Francois de la Rochefoucauld
In jealousy there is more of self-love than love.


Jonathan Swift
We have just enough religion to make us hate, but not enough to make us love one another.


Havelock Ellis
Jealousy, that dragon which slays love under the pretence of keeping it alive.


Mohandas K. Gandhi
Hatred ever kills, love never dies. Such is the vast difference between the two. What is obtained by love is retained for all time. What is obtained by hatred proves a burden in reality for it increases hatred.


Harry Emerson Fosdick
Bitterness imprisons life; love releases it. Bitterness paralyzes life; love empowers it. Bitterness sours life; love sweetens it. Bitterness sickens life; love heals it. Bitterness blinds life; love anoints its eyes.


Ella Wilcox
Love lights more fire than hate extinguishes.


Doug Horton
Love is a given, hatred is acquired.


Dr. Martin Luther King Jr.
Hatred paralyzes life; love releases it. Hatred confuses life; love harmonizes it. Hatred darkens life; love illumines it.


William Congreve
Heaven has no rage, like love to hatred turned,

Nor Hell a fury, like a woman scorned.

Abraham Lincoln

Am I not destroying my enemies when I make friends of them?

Which one is YOURS?

Zaman Kanak-Kanak

Ya..aku masih ingat lagi semasa aku aku di sekolah tadika. Waktu itu aku berumur 5 dan 6 tahun. Ketika itu aku tinggal di Bandar Tasik Puteri Rawang dan bersekolah di sana. Walaupun keluargaku sederhana saja tetapi ibuku cuba memenuhi karenahku ketika itu.  Hahaha..sewaktu semua kanak-kanak sekolah tadika ke sekolah dengan memakai uniform sekolah, aku pula lain pula caranya. Setiap kali aku ke sekolah mestilah dengan pelbagai fesyen up-to-date. Pakai pakaian yang kemas berserta dengan aksesori yang lengkap seperti rantai panjang, gelang dan subang. Jika kanak-kanak lain memakai kasut sekolah, aku pula dengan fesyen kasut aku yang bermacam-macam siap ngan stokin sekali. Beg pula mestilah cantik dipadankan dengan baju. Masa itu pergi sekolah melaram habis!! Hahaha..mak aku tak boleh kata apa-apa. Setiap kali dia hantar aku ke pintu sekolah, cikgu yang menyambut murid-murid pun akan tersengih-sengih. Hah! Cikgu pun kata tak apalah, tak kisahlah nak pakai uniform ke tidak. 

Arwah Makcik aku pun rajin belikan aku baju-baju cantik sahaja. Mungkin dia orang happy tengok aku bergaya time tu. Bila aku teringat peristiwa lama, aku akan tersenyum-senyum sendiri, betapa alpanya aku masa itu. Tapi sekarang sudah dewasa aku sudah tak melaram lagi!! Zaman itu semuanya sudah berlalu.


Like