Thursday, 14 July 2011

Makan tanah untuk hidup??

I came across this article in the Sun newspaper. Ia menyatakan telah ada kajian menunjukkan bahawa tabiat memakan tanah mungkin salah satu cara melindungi perut daripada toksin, parasit dan pathogen. Terdapat satu kepercayaan bahawa tanah dan "clay" berupaya menyerap toxin yang merbahaya dan peranan sebagai pelindung daripada "pathogens" (maaf saya belum dapat mencari maknanya, mungkin sejenis kuman). Menurut sumber tersebut, memandangkan tanah itu biasanya diambil jauh ke bawah dasar, ia selalunya dimasak sebelum dimakan, tanah yang dimakan itu akan berperanan sebagai "antodite" kepada parasit.

Negara yang mempunyai ekonomi termiskin seperti Haiti, rakyatnya hidup dengan memakan tanah. Mereka memasak tanah untuk dibuat "bonbons de terre", cookies atau pancake. Tentunya agaknya sedap membuat kuih daripada tanah disamping itu menjimatkan. Ialah apa lagi untuk dimakan kecuali tanah. Hanya korek tanah, masak, buatlah kuihke gulai dan makan.Kalau sudah biasa tak apalah kan? Cuma satu sahaja, apa akan terjadi dengan negara tersebut akan datang, jika semua tanah telah dikorek untuk dimakan, apa yang tinggal? 

No comments:

Post a Comment

Like