Monday, 11 July 2011

Zaman Kanak-Kanak

Ya..aku masih ingat lagi semasa aku aku di sekolah tadika. Waktu itu aku berumur 5 dan 6 tahun. Ketika itu aku tinggal di Bandar Tasik Puteri Rawang dan bersekolah di sana. Walaupun keluargaku sederhana saja tetapi ibuku cuba memenuhi karenahku ketika itu.  Hahaha..sewaktu semua kanak-kanak sekolah tadika ke sekolah dengan memakai uniform sekolah, aku pula lain pula caranya. Setiap kali aku ke sekolah mestilah dengan pelbagai fesyen up-to-date. Pakai pakaian yang kemas berserta dengan aksesori yang lengkap seperti rantai panjang, gelang dan subang. Jika kanak-kanak lain memakai kasut sekolah, aku pula dengan fesyen kasut aku yang bermacam-macam siap ngan stokin sekali. Beg pula mestilah cantik dipadankan dengan baju. Masa itu pergi sekolah melaram habis!! Hahaha..mak aku tak boleh kata apa-apa. Setiap kali dia hantar aku ke pintu sekolah, cikgu yang menyambut murid-murid pun akan tersengih-sengih. Hah! Cikgu pun kata tak apalah, tak kisahlah nak pakai uniform ke tidak. 

Arwah Makcik aku pun rajin belikan aku baju-baju cantik sahaja. Mungkin dia orang happy tengok aku bergaya time tu. Bila aku teringat peristiwa lama, aku akan tersenyum-senyum sendiri, betapa alpanya aku masa itu. Tapi sekarang sudah dewasa aku sudah tak melaram lagi!! Zaman itu semuanya sudah berlalu.


No comments:

Post a Comment

Like